entry untuk dia

Malam semakin larut. Mata saya masih lagi terpaku pada skrin komputer riba DELL yang menjadi teman paling setia saya akhir-akhir ini. Apa yang saya buat terasa serba tidak kena. Batuk dan selsema saya sejak seminggu yang lepas masih belum reda. Dua pupu saya yang sedang nyenyak dibuai mimpi di sebelah saya seolah-olah sedikit pun tidak terganggu oleh batuk-batuk saya yang kedengaran semakin menyakitkan.


Saya cuba menahannya seboleh yang mungkin, risau jika memburukkan lagi keadaan asthma saya yang baru sahaja menyerang, ditambah pula dengan ketiadaan inhaler yang sepatutnya menjadi teman setia saya kala ini. Inhaler yang hanya saya gunakan setahun sekali itu tanpa saya sedari telah sampai ke tarikh luputnya bulan Jun yang lepas. Syukur Allah gerakkan hati saya untuk memeriksa tarikh luputnya. Jika tidak siapa yang tahu apa akibat penggunaan inhaler yang telah expired. innalillahiwainnailaihirajiuun.

Seperti malam-malam yang lepas, saya menunggu satu nama khas untuk menyapa saya di sistem pesanan Yahoo Messenger. Namun, seakan memahami situasi dirinya yang semakin dihimpit peperiksaan, saya redakan diri yang dihimpit rasa sebenarnya. Sukar untuk saya jelaskan rindu yang bagaimana saya ini padanya. Belum pernah sekali pun kami bertemu, belum pernah sekali pun kami bercakap-cakap di talian. Hanya emel dan sistem pesanan ringkas yang menjadi sahabat akrab kami. Di sebalik ini semua, saya sedar, mungkin hanya Allah yang memahami rasa saya saat ini. Rindu ini, sayang ini dan kasih ini. Allah sahajalah yang dapat membaca segala isi hati hamba-hambaNya.

Pernah saya katakan padanya, biarlah Allah yang menilai kasih sayang ini. Biarpun saya sendiri yang mengalaminya, terasa seakan tidak layak sama sekali untuk menilai kasih ini, sayang ini, dan rindu ini. Seakan terasa kemanisan bertemu keranaNya. Walau baru sahaja saya mengenalinya, terasa seakan sudah lama saya mengenali. Sayang untuk saya melangkah pergi jauh darinya. Namun, Tuhan yang memegang segala takdir alam ini. Biarlah perpisahan ini juga adalah keranaNya. Sebagai hamba yang lemah, saya harus taat segala ketentuan yang telah Allah tuliskan untuk saya.

Telah tertulis pertemuan singkat kami, segala coretan kenangan yang pasti akan saya abadikan dalam hati yang paling dalam. Sesungguhnya tiada istilah kebetulan dalam takdirNya… Segalanya telah terlukis cantik di kanvas arasy. Apa yang telah Dia takdirkan antara kami adalah yang terbaik pernah berlaku dalam hidup saya hendaknya… Doa saya dia akan berjaya dalam kehidupannya di dunia dan akhirat. Doa saya dia menjadi anak yang solehah yang membahagiakan hati orang tuanya. Doa saya agar dia menjadi srikandi islam yang menegakkan agama ini. Doa saya agar dia menjadi mujahidah agama yang tidak kenal erti lelah di jalan ini. Ameen ya Rabb


Billah, lillah, fillah sayang saya kepada dia.

igloo:4:14 pm:2:12:'07



ini lagunya :D



ni lagu yang menghiasi laptop saya sekarang ^^v
selamat mendengar

p/s :- to alya : akak pinjam ejaan toOor tu yerp... ;)



dubu dubu toOor - itu bunyinya burung kenari

alhamdulillah Allah kurniakan hari yang ceria kepada saya hari ni walaupun Dia tarik sebentar sebelah pendengaran saya.

seawal pagi, hari saya sudah diceriakan oleh suara kanak-kanak yang saya kira membuatkan saya tidak sabar untuk berjumpa jenna hari itu. suara kanak-kanak itu datangnya dari lagu yang dikirim oleh salah seorang sahabat seaqidah saya. jzkk..

sehingga ke malam ini (saat saya menulis entry ini) lagu itu masih lagu dimainkan oleh windows media player. saya ada juga melihat kepada terjemahan liriknya, membuatkan saya cukup suka akan lagu itu :D

bagi yang berminat untuk mendengar lagu burung kenari tu, bolehlah ke multiply saya yang baru dibuka. hihi

http://dalila85.multiply.com/music

tajuk lagu tu kinar... oleh ebdaa band... di bawah ini liriknya beserta terjemahan

lirik bahasa arab untuk semua :

شوفتـــــــــوا الكنـــــــار دوبـو ..دوبـو طــار
صوته أحلـــى صوت و اسئلــــــوا الأشجار

أحــلى ســــــلام و أحـــــلى انـسـجــــــام
يــا عـمــــر الــــورود فـي أحـــلى نـهــــار
عــنـدي كــــــلام عــايـــــــز اهـــتــمـــــــام
يـــا ضـــيّ الـوجــــود يــــا إنـتو الصغـــــــار

ربي الجليـــــل خــلّى الصــــوت جميـــــــل
و أنــا مـــش بــخــيــــــل رايــح كـــــــل دار
أشــــــدو و أطـــيـــــــر و أزور الغــديـــــــــر
و أنـــــا لــــو صغـيـــــر عــمـــلي كــبــــــار

دايـــمـــــــاً أقــــــــول ســـبـــحـان الكـريــم
سبـحــــــان العظـيــــــم أســـعِـــد الأزهـــار
وقــتـــي ثـــمــيـن عـــــــــزمي مــا يلــيـــن
و المولى المعـين يــرزقـــنـــي الـثـمـــــــــار

وانـتـوا كــمــان ســـمّـــــــــو بالـــرحــمـــــن
وأسعــدوا الأوطــان خلـــيــــكم شطـــــــــــار
ابنــــوا الحيــــــاة و اكــسـبــــوا الأوقـــــــــات
الّلي وقـــــتـــه فـــــــات بيفـــــــوتو القطــــار


terjemahannya:

adakah kamu tengok burung kenari, dubu dubu tor (bunyi burung dalam bahasa arab)
suaranya sangat merdu, tanyalah pokok (kalau tak caya)

Salam termanis dan ukhuwah terindah
wahai bunga yang cantik di tengahari
aku ada benda nak cakap ni, dengar baik2 tau
wahai dhub (abende ni eh) wahai kamu semua yang comel (kecik)

Rabbul Jalil menganugerahkan suara merdu
Aku tak bakhil, aku pergi semua rumah
Aku menyanyi dan terbang dan aku ziarahi tekukur (ghadir tu sofirah, tekukur kan che mi?)
walaupun aku kecil, tapi amal aku seperti org besar

Aku selalu ucapkan Subahanal Karim
Subhanal Azim, bunga yang plg bahagia
waktuku berharga, azamku takkan senget (tegak sokmo)
dan Tuhan membantu, dan merezekikanku buah2an

Dan kamu semua juga diberi nama oleh Ar-Rahman
Dan negara berbahagia jadikan diri kamu semua terbilang
Binalah hidup dan kaut semua waktu
Siapa yang luput waktunya, terlepas keretapi

(lirik n terjemahan saya amik di http://waruza.multiply.com/music/item/145




permata hati


Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih Maha Penyayang...
Yang Maha Pemurah mengurniakan permata hati untuk saya di kala diri ini memerlukan...
Sungguh, tidak pernah saya menyangka, hadirnya mereka membawa seribu satu cahaya dalam hidup saya.

Siapa lagi jika bukan baby Jenna dan saudari seaqidah teristimewa saya... hihi you know who you are...

Biarpun kedua-duanya baru sahaja saya kenali, namun nikmat kasih sayang yang Allah kurniakan seolah-olah mencurah2 melalui mereka... Terasa hilang beban yang sarat di kepala setiap kali bersama kalian... Semoga kasih sayang keranaNya ini kan kekal biarpun jarak bakal memisahkan kami... Saya berdoa pada Dia agar kami kan bertemu semula di Jannahnya... Ameen.

Hari ini genap 6 hari saya menjaga bayi kecil 10 bulan itu... Terasa tidak cukup masa untuk saya update blog selalu macam dulu sejak adanya dia. Mana tidaknya, dia tidak boleh berenggang dari saya kecuali masa tidur... sayang sungguh saya pada dia ;)



Hari pertama

Risau juga saya untuk menjaga bayi sekecil ini!!! Saiz badannya tidak seperti bayi2 malaysia yang sihat sekali badannya. Jenna ini halus sahaja badannya, seolah-olah bayi 7 bulan. Ditambah dengan tiada pengalaman mengurus bayi sebelum ini, membuatkan saya agak gusar pada awalnya. Bagaimana hendak menukar lampin, membancuh susu, memberi makan dan mendodoikannya... Gelabah saya dibuatnya. Alhamdulillah ibu Jenna ada memberi sedikit tips kepada saya tentang pemakanannya dan juga sukatan bancuhan susunya.

Saya bawak Jenna stay di ruang tamu rumah kami @ igloo yang agak sejuk itu. Saya ambil heater dari bilik dilah untuk memanaskan ruang. Jenna nampaknya tidak kekok bersama saya. Saya biarkan dia berbaring di atas duvet yang dibentang di atas lantai... Namun, tangisannya memenuhi segenap ruang... Terpaksalah saya mendukungnya. Saya beri dia susu dan kemudiannya mendodoikannya di dalam bakul buaiannya... Alhamdulillah dia tertidur.

Jam 2 petang, Nik datang untuk melihat Jenna. Saya membangunkannya untuk menyuapnya makan. Beruntung juga saya Nik ada bersama. At least ada tangan lain yang dapat membantu saya menguruskan Jenna. Tambahan pula makcik Nik sudah berpengalaman menguruskan anak saudaranya sebelum ini. Alhamdulillah sesi penukaran nappy berjalan lancar. Tima kacih makcik Nik. Kalau tidak, tunggang terbalik jugak saya dibuatnya.

Usai menyalin nappynya, kami menyuap Jenna dengan nestum. Mudah sekali menyuapnya makan. Memandangkan Jenna berketurunan Arab, makanan yang ibunya sediakan pun adalah makanan asasi mereka. Terkejut saya pertama kali melihat roti pita, yougurt, dan cheese di dalam plastik bungkusan makanannya. Baru sepuluh bulan, dah makan roti pita.. huhu. bak kata macik dilah, "dia kemam2 je roti tu dalam mulut" gigi nya belum ada... ;)


alhamdulillah perjalanan hari pertama saya Allah mudahkan... semoga ia sentiasa dipermudahkan... thank you Allah for nikmat yang Engkau kurniakan...

(saya berniat untuk menulis pengalaman setiap hari menjaganya... tapi malam ini badan menuntut haknya untuk berehat awal kerana kepenatan di siang hari..)

insyaAllah saya akan tulis pengalaman2 manis itu... yang pasti tidak akan saya lupa sampai bila2 insyaAllah...


...

saya keliru...
saya buntu...
dan macam-macam lagi perasaan bercampur baur dalam diri...
saya tahu saya perlu mengadu padaNya kerana hanya Dia yang tahu segala isi hati juga apa2 yang di langit dan di bumi...
yang sudah berlaku dan yang bakal berlaku...

seperti di dalam surat cintaNya yang agung...

"Sesungguhnya Allah mengetahui yang tersembunyi di langit dan di bumi. Sesungguhnya Dia Maha Mengetahui segala isi hati. "

(surah Faathir : 38)


" Dan pada sisi Allah-lah kunci-kunci semua yang ghaib; tidak ada yang mengetahuinya kecuali Dia sendiri, dan Dia mengetahui apa yang di daratan dan di lautan, dan tiada sehelai daun pun yang gugur melainkan Dia mengetahuinya (pula), dan tidak jatuh sebutir biji-pun dalam kegelapan bumi, dan tidak sesuatu yang basah atau yang kering, melainkan tertulis dalam kitab yang nyata (Lauh Mahfudz) "

(surah Al An'aam : 59)


moga Dia kuatkan diri saya dengan keputusan yang saya ambil ini.
saya tidak dapat menipu diri saya lagi...
saya tidak dapat menafikannya lagi... ...
moga terus diberi kekuatan untuk saya menunggu...
moga terus dikurniakan kesabaran untuk terus menanti...
moga dipermudahkan jalan juga insyaAllah...

salam mujahadah
0250 am
igloo, dunkirk

selamat berjuang sahabatku...


merungkai memori : siri 1 - roti ingatan...


masih ingat anda pada doraemon? jika soalan itu ditanya kepada saya, jawapannya adalah pasti!!! tidak mungkin saya lupakan watak kartun yang paling saya sukai, yang saya mula kenali sejak usia menjengah 5 tahun. tidak saya nafikan, sehingga sekarang saya masih lagi membelek-belek komiknya yang saya kumpul, juga menonton siri kartunnya.

mengimbas kenangan ketika saya berada dalam first year di sini, sahabat saya ada menyentuh cerita 'roti memori' doraemon... ketika itu, saye cuma dapat bayangkan telatah nobita tatkala menjelangnya peperiksaan - sangatlah menggelabah akibat belum cukup preparation. akhirnya, mengambil jalan mudah dengan meminta bantuan doraemon... nobita memang begitu ;)

kalau saya yang berada di tempat nobita, pasti saya tidak akan makan roti itu... kerana saya sejak dari kecil memang cukup tidak menggemari roti... bukan sahaja roti, malah biskut, muffin, kueh raya, kek dan makanan yang berasaskan tepung atau gandum pasti kan saya tolak ke tepi... tapi kueh2 malaysia saya makan la pulak sebab sedap, tak sampai hati untuk tak makan ;)
isk2 tak bagus betul macam tu... x baik memilih makanan kan.. huhu

teringin nak dengar suara doraemon yang dulu :(
yang saya letak di sini adalah version jepun and ada subtitle english...

catatan kembara .: a night before DC2SK :.


tajuk entry macam saya dah mengembara ke mana2 ntah... huhu padahal dekat je kembara tu. dari igloo ke gurun gobby... bunyi cam jauh tapi sebenarnya jalan kaki tak sampai 5 minit pun...

walaupun jaraknya dekat cepo-ot je, tapi banyak pulak ler perkara berlaku... tak sampai hati untuk tidak menulisnya di blog :D

.: kembara 1 :.

usai solat jumaat, saya dan nik pi makan chicken joes yang dah lama tidak kami kunjungi... rindu betul pada ayamnya walaupun boleh je bakar sendiri ayam kat umah. tapi mungkin yang saya rindui adalah kemesraan ketika makan, duduk bercerita update masing2 dan bergossip??? tak kot ;)
kenyang perut, nik menemani saya menyelesaikan sedikit urusan bank dan kemudian bergerak menuju rumahnya. selesai solat asar, kami bergerak ke rumah asmaa' untuk pick dia sekali membeli barang di asda. kira2 jam 630 petang, kami selamat pulang ke rumah. prepare makanan untuk DC2SK esok. yang paling menggembirakan, adik2 KPM raleigh ada bersama. (thanks for helping us a lot)... saya, afikah dan syahirah membasuh ayam manakala amirah pula membantu aini menyediakan isi roti john kami esok.

siap segala kerja, kami mula bergerak ke igloo untuk berehat. selesai bercerita panjang dengan aini dan adik2 tu, saya masuk ke bilik untuk merehatkan penat. tiba2, aini menjengah ke bilik menanyakan mana tomato dan salad untuk roti john esok... ARRRGGGHHHHH ada di rumah nik... terpaksa patah balik amik... huhuhu (ketika itu jam menunjukkan pukul 10 malam)

.: kembara 2 :.

saya bergegas untuk pergi balik ke gurun gobby aka umah nik. dengan suhu rendah nottingham pada malam hari, saya membungkus diri dengan jaket yang lebih tebal dari yang dipakai sebentar tadi. berjalan malam kadangkala menakutkan namun adakala menenangkan... malam ini terasa tenang sekali walaupun dihimpit kedinginan hawa. seperti yang diexpect, tak sampai 5 minit saya sudah tiba di kaki pintu rumah nik. loceng seperti biasa ditekan dan terpancullah nik di muka pintu menyambut saya.

saya ambil kunci kereta dan bonet kereta yang masih bersaki baki dengan barang2 shopping igloo saya geledah kononnya untuk mencari salad dan tomato. lain dicari lain pula yang diketemui... hasilnya saya berjaya mengeluarkan thai chili sos, teh, kopi, gula dan lain2 barang. terlupa langsung akan tomato dan salad. setelah melangkah 3 4 tapak dari umah nik, baru teringatkan salad dan tomato. haisshhhhh dah le barang2 di tangan dah berat, kena patah balik lagik :(

siap amik tomato dan salad (dalam peti ais rupanya), saya bergerak balik, bertekad untuk tidak berpatah balik ke umah tu... penat gak la dok ulang alik je kejanya... sehinggalah di pertengahan jalan, terlihat dari kejauhan akan seekor anjing yang besar tanpa diikat oleh tuannya. marah betul saya dengan tuannya. anjing tu kejenya dok menyalak je... huhu. mana mungkin saya yang penuh tangan kiri dan kanan dapat melalui depan rumah itu tanpa menggelabah. akhirnya, saya hanya berdiri kaku di situ, bawah tiang lampu menelefon kawan saya andai kata dia nak kuar rumah leh datang halaukan anjing tu. ngehehe.

malangnya dia tak jadi keluar rumah... maka tercegatlah saya di bawah tiang lampu bersama dengan titisan gerimis malam... sahabat2 saya yang baru tiba dari birmingham, satu kereta menyaksikan kejadian tersebut semasa melalui jalan itu... huhu kerana sedang bercakap di telefon, saya hanya membalas lambaian mereka dengan sorotan mata sahaja..




anjing cap inilah yang merenung saya di bawah cahaya lampu bertemankan gerimis malam...

seminit... dua minit... tiga minit... anjing itu masih di situ. duduk memerhatikan saya. kami saling membalas tenungan. mahu saja saya lalu jalan lain, tapi jarak perjalanannya akan menjadi berganda2 bersama dengan beban yang ada di tangan. akhirnya setelah berputus asa, anjing itu kembali kepada tuannya, membiarkan saya melalui jalan itu dengan sedikit aman... (masih takut2 sebab anjing itu masih di sekitar kawasan itu, cuma jaraknya yang jauh sedikit berbanding tadi)

tiba di rumah, barang-barang yang berplastik-plastik tu saya simpan di dapur. kot yang membungkus tubuh disangkut, dan lelah berjalan dilepaskan... tidak sampai 10 minit, nik menelefon lagi...
"dell, letak kat mana kunci kereta...?"
saya seluk poket kot yang bergantung...
AARRGGGHHHHHH...
maka dengan tertinggalnya kunci kereta pada saya, maka genaplah kembara ke gobby sebanyak 3 kali kerana perkara2 kecil disebabkan oleh kecuaian saya... huhu

.: kembara 3 :.

saya dah malas berjalan kaki ke gobby walaupun dekat cepo-ot... lalu saya naik basikal kesayangan ke sana meredah kesejukan malam... alhamdulillah keadaan sangat tenang dan damai... sampai di umah nik aka gobby, seperti biasa loceng ditekan... terdengar panggilan di balik pintu yang menjemput saya masuk...tapi apakan daya, saya datang berkenderaan... ;) malas nak parking...
kalau tak, boleh jugak pekena air bandung segelas dua.
ahahah...
tamat sudah kisah pengembaraan sinbad...
eh silap... pengembaraan satu malam saya...

entah apa la yang saya tuliskan ni... huhu mungkin luahan perasaan sebenarnya nih...


moral: jangan cuai, kelak menyusahkan diri sendiri ke sana ke mari....



sekitar 3 minggu ini....

bismillahirrahmanirrahim...

syukur dengan nikmat Allah yang tak terhingga, masih membenarkan saya menghirup udaraNya, serta menikmati alam ciptaanNya di bumi UK ini...

dalam luruhan daun-daun kering menguning, sejuk nyaman udara dingin, banyak suka duka yang dilalui bersama sekitar 3 minggu ini...
sehingga tak ternukilkan di blog ini walaupun niat asalnya ingin sekali begitu...

indah sungguh tatkala;
mengukir kenangan bersama adik2 notts yang tersayang
memateri memori bersama adik2 leceister yang dikasihi
memintal ukhuwah bersama adik2 leeds yang dirindui
membina mahabbah bersama adik2 sheffield yang diingati
melayari suka duka bersama sahabat seperjuangan yang disayangi, dikasihi dan dirindui...

(tidak lupa juga adik2 dan kakak2 london, birmingham dan plymouth dan seluruh uk, ireland, malaysia and oz yang sentiasa dalam ingatan)

maaf andainya;
tersilap bahasa
terkasar bicara
terlupa nama
terkurang layanan...

jumpa lagi dengan izin yang Maha Esa...
walau di mana kita berada...
moga sentiasa di bawah rahmatNya...

Salam bumi Nottingham
7/11/07

untuk yang sentiasa terlupa...

Taken from friend of mine...
Untuk saya yang selalu terlupa...

Tolong ingatkan aku
Andai aku terlupakan Tuhan
Dalam kelapangan dan kesibukan
Dalam kesenangan dan kesusahan

Tolong ingatkan aku
Jangan jadi anak derhaka
Mak ayah jangan dilupa
Usah diluka hati dan perasaan mereka

Tolong ingatkan aku
Supaya ingat pesanan guru
Bukan sekadar ingatan
Tapi tarbiyyah berpanjangan

Tolong ingatkan aku
Dengarlah dan bacalah AlQuran
Tika radio penuh hiburan
Tika televisyen penuh siaran

Tolong ingatkan aku
Dimana Islamnya zahirku
Jika aurat didedahkan
Disingkat, diketat, dijarangkan

Tolong ingatkan aku
Jadilah sahabat yang baik
Sentiasa memberi peringatan
Sentiasa menerima teguran

Tolong ingatkan aku
Dalam memilih pasangan utamakan iman
Kelak ikatan dihindari syaitan

Tolong ingatkan aku
Hidup ini satu kembara
Kutiplah mutiara dalam perjalanan
Moga di sana menjadi bekalan

Tolong ingatkan aku
Diri ini milik Yang Kuasa
KepadaNya diserahkan jiwa
Segala-galaNya
Dialah tumpuan
...
..
.

DC2 SK

Mai cek mai... jangan tak mai...
Mai ramai2 pi DC2SK...
Apa tuh? Kalau nak tau, kena la mai...

Huhu best ke duduk2 n dengar pasal sejarah ni...?
Masa sekolah dulu, rasanya asyik tidoq ja lam kelaih sejarah nih...
Mengamok cikgu Mas tengok kami suma asyik dok tidoq time dia mengajaq...
Hehe...

Ini bukan kisah sejarah sekolah...
Ini kisah sejarah manusia...
sejarah dunia...
Sejarah dari Adam A.S hingga ke hari ini...
Semua yang kelihatan seperti kepingan-kepingan jigsaw puzzle;
disatukan menjadi gambar yang lengkap...
Yang selama ini tidak pernah terpikiaq kat akai pon...
(Ya la mana nak terpikiaq, dah blajaq sejarah selama ni hanya untuk exam ja...)

Penah ka kita terpikiaq, sejarah tanah melayu kita nih ada kaitan dengan tamadun dunia...
ada kaitan dengan apa yang berlaku di Andalus, Turki dan lain...?

WOOO WOOOO WOOOO nak tau lebih lanjut, jumpa di <>10 NOV 07 <<<8am-6pm>>

p/s: IGLOO dah tukar nama baru = AZ-ZUMAR

KITA BERTANYA DAN AL-QURAN MENJAWAB


Assalamualaikum wbt...
dah berkali-kali saya melalui artikel yang di bawah ni dalam emel kiriman sahabat2 atau pun di blog mereka...
Setiap kali itu jugalah hati ini akan tersentuh...
kerana sangat terasa betapa dekatnya Allah dan Al-Quran dengan kita sebenarnya... Allahlah tempat kita bergantung harap, dan di dalam QalamNya lah semua template2 jawapan untuk diri kita yang lemah bila menghadapi ujian2Nya....

Wallahualam


KITA BERTANYA :
KENAPA AKU DIUJI?


QURAN MENJAWAB :
"Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan; "Kami telah beriman," sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya kami telah menguji org2 yg sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui org2 yg benar dan sesungguhnya Dia mengetahui org2 yg dusta."

-Surah Al-Ankabut ayat 2-3

KITA BERTANYA :
KENAPA AKU TAK DAPAT APA YG AKU IDAM-IDAMKAN?


QURAN MENJAWAB :
"Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui."

Surah Al-Baqarah ayat 216

KITA BERTANYA :
KENAPA UJIAN SEBERAT INI?


QURAN MENJAWAB :
"Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya."

Surah Al-Baqarah ayat 286

KITA BERTANYA :
KENAPA RASA FRUST?


QURAN MENJAWAB:
"Jgnlah kamu bersikap lemah, dan jgnlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah org2 yg paling tinggi darjatnya, jika kamu org2 yg beriman."

Surah Al-Imran ayat 139

KITA BERTANYA :
BAGAIMANA HARUS AKU MENGHADAPINYA?


QURAN MENJAWAB :
"Wahai orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu (menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara yang berkebajikan), dan kuatkanlah kesabaran kamu lebih daripada kesabaran musuh, di medanperjuangan), dan bersedialah (dengan kekuatan pertahanan di daerah- daerah sempadan) serta bertaqwalah kamu kepada Allah supaya, kamu berjaya (mencapai kemenangan)."


KITA BERTANYA :
BAGAIMANA HARUS AKU MENGHADAPINYA?


QURAN MENJAWAB :
"Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang; dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk"

Surah Al-Baqarah ayat 45

KITA BERTANYA :
APA YANG AKU DAPAT DARI SEMUA INI?


QURAN MENJAWAB :
"Sesungguhnya Allah telah membeli dr org2 mu'min, diri, harta mereka dengan memberikan syurga utk mereka...
Surah At-Taubah ayat 111


KITA BERTANYA :
KEPADA SIAPA AKU BERHARAP?


QURAN MENJAWAB :
"Cukuplah Allah bagiku, tidak ada Tuhan selain drNya. Hanya kepadaNya aku bertawakkal."

Surah At-Taubah ayat 129

KITA BERKATA :
AKU TAK DAPAT TAHAN!!!


QURAN MENJAWAB :
"... ..dan jgnlah kamu berputus asa dr rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa dr rahmat Allah melainkan kaum yg kafir."
Surah Yusuf ayat 12

hello...siapa di talian?

Bismillahirrahmanirrahim...

Akhir-akhir ni, saya selalu sahaja menghadapi masalah dengan bil-bil telefon saya... kalau setakat terlebih £4 ke £5, saya ok lagi, tapi ada sekali tu, terlebih2 sampai kena bayar £110... huhu. Yang penatnya bila nak call customer service. Paham-paham sajalah bila bercakap di talian telefon dengan orang sini... Selalu sangat 'sorry' nye... Kita susah nak paham dia punya pelat, dia pun tak paham kite cakap... Penat jugaklah untuk memahami dan memahamkan...

Kebiasaan bila call customer service, yang mengangkatnye adalah mesin automatik...
Kalau Vodafone, terdengarle mesin perakam suara tu berkata "Hi, i'm Vicky, welcome to Vodafone. i just need you to enter you password or pin number. You have 4 options here. If you want to..." lebih kurang camtu la...

Kalau O2 pulak, "Welcome to the O2 UK base customer service center. O2 is commited to deliver the best customer experience to you therefore your call may be recorded for quality and training purposes"... Panjang jugak mesin tu membebel...

Nak dapat bercakap dengan orang sebenarnye (operator) bukan senang sebab nak menunggu talian disambungkan dari mesin ke operator pun agak lama. Sambil-sambil nak menunggu dapat cakap dengan operator, dapat le dengar lagu entah apa2 yang amat le bosan sampai boleh nak tido bila dengar. Kalo tak lagu, dia bagi kita dengar iklan-iklan dia. Nak promote ler tu...



Bila dah dapat bercakap dengan operator mereka, kena perkenalkan diri ler pulak. Tak cukup dengan bagitahu nama, kena passcode la, confirmkan address and date of birth n etc. It's a very long process untuk dapat bercakap dengan operator dan bagitahu dia what's the problem we are facing on. Itu pun nasib baik kalo operator tu angkat, kalau tengah talian sibuk, alamatnya cubalah sekali lagi sampai dia angkat... Kita pun dah naik tension masa tu....

Baru-baru ini ada terbaca blog seorang sahabat pasal telefon-telefon ni la... menarik sangat sebab ada satu talian ni katanya tak perlu pun kita nak dengar mesin perakam otomatik membebel sebelum talian disambungkan. Talian ni bila kita call, terus direct to yang dipanggil. Tak perlu menunggu langsung.

Kalau macam service provider O2, customer service nyer ada masa2 tertentu. Kalo call luar waktu, maka terdengarlah mesin perakam suara tu bagitau sekarang di luar waktu perkhidmatan... "At this time, we are only provide emergency service"... huhu

Tapi, untuk talian yang satu tu, tak perlu menunggu waktu perkhidmatan ke weekdays ke apa ke. Anytime anynetwork bak kata orang. Free tu memang confirm free. Dah le dapat call direct. Takde sekat-sekat, putus-putus ataupun masalah tak paham apa operator cakap atau memahamkan dia apa kita cakap. Cakap je bahasa apa yang kita boleh cakap. Semuanya difahami.

Hebat kan! Cambest je talian yang satu ni. Talian apa la agaknya ek...

Jawapannya, talian doa... Kat bawah ni adalah yang dicopy paste from blog kawan saya tu... moga sama2 ambik manfaat...

Bayangkan pada saat kita berdoa, kita mendengar....:

"Terima kasih, Anda telah menghubungi Rumah Allah ".
Pilih salah satu:
* Tekan 1 untuk 'meminta'.
* Tekan 2 untuk 'mengucap syukur'.
* Tekan 3 untuk 'mengeluh'.
* Tekan 4 untuk 'lain-lain permintaan'."

Atau, bagaimana jika Malaikat memohon maaf seperti ini:
"Saat ini semua malaikat sedang membantu pelanggan lain. Sila tunggu. Panggilan Anda akan dijawab mengikut giliran."

"Untuk pertanyaan mengenai hakikat syurga & neraka, sila tunggu hingga Anda tiba disini!!

Bolehkah Anda bayangkan ketika berdoa, Anda mendapat respon seperti ini:
"Jika Anda hendak berhubung dengan Malaikat Jibril, tekan 1. Dengan Malaikat Mikail, tekan 2. Dengan lain-lain Malaikat, tekan 3. Jika Anda ingin mendengar sari tilawah semasa Anda menunggu, tekan 4."

Atau Anda juga boleh mendengar ini :
"Komputer kami menunjukkan bahwa Anda telah membuat panggilan sebanyak satu kali pada hari ini. Sila cuba kembali esok hari." atau, "Pejabat ini ditutup pada hujung minggu. Sila hubung kembali pada hari Isnin selepas pukul 9 pagi."

Alhamdulillah, Allah SWT mengasihi kita, Anda dapat menelefon Nya setiap saat!!! Anda boleh memanggilNya pada bila-bila masa saja dan Dia mendengar Anda. Apabila memanggil Allah, Anda tidak akan mendapat nada sibuk. Allah menerima setiap panggilan dan mengetahui siapa pemanggilnya secara peribadi.

Ketika Anda memanggil, gunakan nombor utama ini: 24434
2 : solat Subuh
4 : solat Zuhur
4 : solat Ashar
3 : solat Maghrib
4 : solat Isya

Info selengkapnya ada di Buku Telefon berjudul "Al-Qur'anul Karim & Hadis Rasul"
Hubungan secara terus, tanpa Operator, tanpa Perantara, tanpa bayaran.
Nombor 24434 ini memiliki jumlah saluran yang tak terbatas dan dibuka 24 jam sehari 7 hari seminggu setiap hari sepanjang tahun !!.

Allah answer prayers in 3 ways:
1. He says YES and gives you what you want
2. He says NO and give you something better
3. He says WAIT and give you the best..in his own time..

hilang itu hilang ini

sepanjang satu bulan selepas term bermula...macam-macam barang yang saya hilang... redha dengan kehilangan, itulah yang terbaik... tulisan ini hanyalah sebagai tanda ingatan kepada barang-barang saya yang hilang...

1) backpack ladybird
- hilang di prayer room after iftar sehari selepas adik-adik baru sampai di Nottingham. jangkaan yang dibuat, ada budak2 kecik bawak main sbb ingat tu kumbang besar. huhu

2) purse
- hadiah hari lahir dari seorang kawan. isk isk isk. cap fossil lak tu. nak beli sendiri tak mampu lagi... dalam tu macam2 benda ada, antaranya ada dinyatakan di bawah

3) bank card and credit card
- hilang akibat berada di dalam purse tersebut. dah le kalo nak mintak ganti kena tukar address. nasib baik makcik Natwest nak tolong hari tu, so leh amik kat bank kat Portland je. ni dah masuk minggu ketiga card2 tersebut boleh diamik, tapi sampai hari ni masih belum berjaya mengambilnya.

4) guarantee card spec
- haih.. ni lagik satu. dah le spec tu baru wat masa balik summer hari tuh. tu guarantee card utk lens spec tu... adeh la... dah la spec tu baru jer jatuh atas jalan dan berguris akibar terhentak di batu jalan sampai terkeluar lens dari bingkai masa jaulah Scotland 2 bln yg lepas...huhuhu. dah hilang, nampak gayanya tak de chance le nak pi tukaq lens.

5) kad pengenalan
- yang ni tak risau sangat pada mulanya. tapi lepas orang2 sekeliling gertak2 baru rasa gelabah. tak pasal2 je kena wat report kat polis bila balik Malaysia nanti dan kena bayo denda. nasib baik la ada pasport...kalo idak, tak pasal2 orang ingat saya ni ntah datang dari mana.

6) Student ID
- inilah kehilangan yang paling saya kesalkan...awal2 tu rasa selamat sebab asingkan ID from purse... rupa2nnya Allah lagik sayangkannya... dah le tak sedar hilang bila. yang ingat, ID tu masih selamat berada dalam poket masa mundar mandir cakap telepon dengan mama dan abah sehari sebelum raya. Dah le kalo nak wat ID baru kena bayo £15. Huhu...
Impak kehilangan ID...
-x leh masuk library yg guna ID utk akses
-x leh pinjam buku library
- tak dapat naik bas 50 yang free bila tunjuk ID untuk ke area Hyson Green n ASDA...
nasib baik ada ID lama masa first year dulu, leh guna sbb pakcik bas tu lepas je postgrad2 yang guna ID lama...asalkan ada lambang uni agaknya... huhu

7) £5
-hilang bersama dengan student ID melengkapkan nilai kehilangan bersamaan dengan £20 seperti harga ID kalo hilang tahun lepas.
nilai £5 adalah besar apabila diconvert!!! ngehehe... kat sini pon, £5 tu leh dapat kombo sekor ayam bakar laziz, takpon makan kebab or nasi beriyani Khyber Pass dengan kenyang teramat ataupun makan di Chicken Joes time tengah hari malas makan nasi di rumah.

hmm... bila pikir2 balik insyaAllah ada la hikmahnya tu napa sume barang di atas menghilangkan diri dalam masa yang sama... kalo duit, mungkin kerana duit itu seharusnya dibelanjakan pada jalan Allah tapi tak terbelanja ke sana. huhu. mungkin juga Allah nak kita membersihkan harta... mana tau kan... kad2 tu sume pon, hilang ada kebaikannya jugak... memang tak berbelanja sakan le stakat ni bila pikir malasnya nak jalan pi amik card kat Portland dalam cuaca sejuk yang menggigit ke tulang itam ni. backpack tu hilang...sedih amat sangat kot... maybe sebagai ingatan bahawa beg itu adalah beg budak-budak bawak pi tadika. ngehehehe.
apapun, bersyukurlah dengan apa yang ada sekarang dan apa yang telah Allah tarik semula.

pengajaran: jangan tinggal barang merata2!!!

rasa...


rasa...
berbagai rasa

rasa rindu
rasa dendam
rasa bahagia
rasa masin
rasa manis
rasa pahit
semua itu rasa

rasa ini...
rasa rindu....

rasa rindu pada kampung halaman
rindu pada udara segarnya
rindu pada suara ibu
rindu pada nasihat ayah
rindu pada gurau senda abang adik

rasa rindu pada bumi down under
rindu pada kangaroonya
rindu pada koalanya
rindu pada penguinnya
rindu pada wombatnya
juga rindu pada penghuni benua
yang akidahnya serupa...

ada apa pada rindu...

rindu itu penyatu
kenangan yang sekian lama hilang
ditelan kabus kedewasaan...

mungkinkah rindu ini
pastikan menjelma
bila diri tidak lagi di sini...

rindu akan daun-daun kuning yang berguguran bersepahan
rindu akan sejuk dingin yang mencengkam tulang hitam
rindu akan warna warni kembang bunga menyeri alam
rindu akan panas terik mentari bahang membakar
rindu akan keletah mesra sahabatrakan taulan
rindu akan penat lelah suka duka bersama
rindu akan kesibukan muslim yang belajar
juga rindu akan manusia-manusianya...

perpisahan itu suatu yang pasti
hanya Dia yang tahu bila
cepat atau lambat
esok atau lusa
bila kita kan
bersua lagi
agar bisa
rindu diubati

salam rindu...
autumn-winter 07

Sambungan cerpen yang tidak bertajuk

Bak kata seseorang... ni bukan cam cerpen sbb termeleret panjang.huhu...


Perjalanan pulangnya ke daerah juang diiringi dengan rasa sayu akan perpisahan. Kasih sayang atas nama Tuhan membuatkannya sukar untuk melepaskan diri dari dakapan erat saudara-saudara yang mengiringi pemergiannya. Terasa sebati kasih sayang itu dalam dirinya, mengalir tenang di jiwa walau kenalnya mereka hanya beberapa ketika. Dia akur akhirnya atas perpisahan itu, kerana hakikat adanya pertemuan, terciptanya perpisahan.

Damai suasana lapangan terbang pagi itu menyapa kepulangannya, sedamai hatinya menyambut nikmat usia yang Tuhan kurniakan padanya tahun itu. Kalimah syukur tidak henti dari mulutnya tatkala ucapan hari lahir dari sahabat handainya menyapa. Terkesan olehnya ucapan dari seorang teman akrab, yang mendoakan akan keberkatan usianya. Lantas dia memanjatkan doa agar usianya selama ini tidak sia-sia dan sentiasa diberkati.

Alunan nasyid Siti Khadijah dipilih menjadi penemannya sementara menanti kedatangan teman serumahnya untuk mengambilnya dari lapangan terbang pagi itu. Lagu itu menambah damai hatinya. Menusuk ke kalbunya lantas menerbangkannya jauh kepada cita-cita yang dipasangnya sejak kecil. Cita-cita yang tertanam kukuh dalam dirinya selama ini diungkai satu persatu pagi itu sebagai muhasabah diri yang kemudiannya ditanam semula dengan lebih kukuh.

Selari dengan peningkatan usia juga kematangan pemikirannya, dia sedar, dia bukan sahaja perlu mencontohi Siti Khadijah yang pemurah, pengasih, dan penyayang, namun dia perlu menjadi seperti Siti Khadijah yang menjadi tulang belakang kepada perjuangan suami tersayang. Yang menenangkan keresahan sang suami tatkala dakwahnya mengajak manusia kembali kepada islam ditolak oleh manusia-manusia itu, juga menjadi pendokong utama dan pembakar semangat kepada sang suami untuk menyampaikan dakwah kepada sekalian manusia. Inilah cita-citanya saat dia mengerti apa itu makna perjuangan.

sambung lagik.... otak kering idea

Sambungan cerpen 1

Sambungan cerpen 1...


Di suatu ketika, dia berpergian sendiri-sendiri. Ke suatu daerah yang jauh dari tempatnya. Perginya untuk mengutip mutiara-mutiara ilmu dari saudara-saudaranya yang jauh lebih matang di jalan yang berliku itu. Perginya tidak bersama kawan-kawan biasanya. Sendirian, tapi tidak asing dia di situ. Sekelilingnya semua saudara seaqidahnya. Dia suka akan ikatan aqidah itu. Ikatan yang membuatkan persaudaraan manusia itu tidak mempunyai batas dan penghujung. Persaudaraan yang tidak mengenal rupa, bangsa, warna kulit, mahupun darjat seseorang manusia.

Dia ingat firman dari Tuhannya, “Kami jadikan kamu berbangsa-bangsa dan bersuku-suku agar kamu saling mengenal. Sungguh, yang paling mulia di antara kamu di sisi Allah ialah orang yang paling bertaqwa.” (Al-Hujurat:49).

Dia tahu Allah tidak memandang apa yang manusia pandang. Pangkat, status, harta, rupa, semuanya tiada nilai disisi Allah. Ingin sekali dia menjadi orang yang bertaqwa yang sentiasa Allah sebut-sebutkan berulang kali di dalam KalamNya yang agung itu. Dia ingin memiliki ketaqwaan seperti Siti Khadijah, yang taqwanya kepada Allah tinggi menggunung. Lantas, dia pahatkan cita-cita barunya itu teguh di sanubari, tidak mahu goyah walau apa terjadi, melengkapkan lagi cita-citanya ketika dia masih anak kecil dan menguatkan lagi tekad yang dipasangnya ketika mula memahami islam.

Dua hari mengutip mutiara ilmu di daerah asing itu membuatkan dia lebih yakin dan tabah untuk menghadapi jalan yang penuh liku itu. Sepanjang dua hari itu, dia dan peserta-peserta lain tidak dibenarkan menggunakan nama yang telah tercatat dalam sijil kelahirannya. Diwajibkan ke atas mereka untuk menggunakan nama tokoh-tokoh dalam islam yang besar jasanya sebagai mengenang pengorbanan mereka membawa islam ke mata dunia.

Permintaan itu disahut dengan senyum lebar olehnya. Nama wanita tulang belakang utama Rasulullah itu dipilih untuk menjadi nama samarannya. Terkenang olehnya bagaimana pernah satu ketika semasa zaman kanak-kanak, betapa terkesannya nama isteri Rasulullah itu dalam hidupnya, dia terfikir untuk menukar namanya kepada nama srikandi itu. Kini angan-angannya hampir menjadi kenyataan biarpun nama itu tidak ditukar untuk sepanjang hayatnya. Bertambah lebar senyumnya.

Tahannya senyuman itu cuma seketika. Angannya untuk menggunakan nama itu terpaksa dia undur semula. Rela dia mengalah demi saudaranya yang lain. Meneruskan kedegilannya bererti mewujudkan tiga Siti Khadijah dalam tempoh masa dua hari aktiviti itu. Buntu seketika. Perlu memikirkan nama lain pula. Kedengaran oleh dia sana sini gelak tawa gembira saudara-saudaranya yang lain bersama nama-nama srikandi islam ulung meniti di bibir.

“Tidak memiliki nama itu, tidak harus bersedih.” Semacam satu semangat tiba-tiba menyusup meredakan laranya. Lantas, nama wanita pertama yang Allah ciptakan dari rusuk kiri Adam dipilih sebagai ganti. Hawa. Itu pilihannya. Ringkas tetapi lembut sebutannya. Dia tetap bahagia biarpun bukan Khadijah yang disebut bila memanggilnya. Malah berbunga hatinya bila ada yang menyatakan raut wajahnya sesuai sekali dengan nama Hawa itu. Jauh di sudut hatinya mengakui biarpun jasadnya ‘Hawa’ namun semangat Siti Khadijah masih mengalir kuat dalam setiap aliran darahnya dan degup nadinya.

Dua hari mengutip pengalaman di daerah asing itu membuatkannya lebih bersemangat untuk bekerja. Melihatkan sahaja bagaimana saudara-saudaranya dari daerah itu bekerja menyedarkan manusia kembali kepada islam membuatkannya seolah-olah terjaga dari tidur. Terasa olehnya betapa banyak sekali rehatnya, sedikit sekali usahanya untuk agama ini. Tekadnya, bila pulang ke daerah juangnya nanti, akan dia kerah seluruh tenaganya untuk agama ini. Tekadnya juga, untuk lebih laju bergerak mengajak manusia menghayati agama ini. Tekadnya juga untuk tidak berputus asa menyeru manusia.

Bersambung...

Percubaan menulis cerpen 1

Pertama kali dia mendengar kisah srikandi agung Rasul Allah itu hatinya menyimpan cita-cita. Besar menggunung cita-citanya. Akhlak semurni Siti Khadijah, itu impiannya. Sikap pemurah Siti Khadijah yang sanggup menginfaqkan seluruh hartanya di jalan Allah ingin sekali dicontohinya. Malah, dia ingin sekali memiliki budi pekerti semulia isteri kesayangan Nabi itu

Ketika cita-cita itu ditanam kokoh di sanubarinya, dia masih kecil. Masih terlalu mentah untuk memahami erti perjuangan.Cita-citanya yang setinggi langit itu sekadar melihat pada akhlak murni sayap kiri Rasulullah itu berdasarkan apa yang ummi ceritakan. Berdasarkan juga apa yang ustazah ceritakan di dalam kelas agamanya, berdasarkan juga apa yang kakak kesayangannya ceritakan ketika mendodoikan dia tidur. Lantaran keinginannya itu, tiap-tiap hari pasti diulangi perkara yang sama pada umminya, pada ustazah, dan pada kakaknya. “Adik nak jadi seperti Siti Khadijah”

Kini dia telah meningkat usianya. Allah mentakdirkan dia memahami hakikat islam yang sebenar. Walaupun seperti agak terlewat, namun dia bersyukur dapat menikmati islam yang seharusnya dia fahami. Dia memahami islam ketika dirinya asing di bumi perantauan. Di satu tempat yang tak pernah terjangkau oleh akal pemikirannya untuk menimba ilmu islam di situ. Tempat itu, tiada ibu di sisinya. Tanpa ayah di sisi. Tidak juga abang, kakak, adik dan saudara mara di kelilingnya.. Yang ada hanyalah saudara seaqidahnya yang kuat memberi dorongan untuk dia terus berada di jalan itu.

Kini, dengan izinNya, dia menyerahkan seluruh jiwa dan raganya untuk agama ini. Dia nekad untuk masuk islam secara seluruhnya seperti firman Tuhannya dalam satu ayat surah al-Baqarah.

“Wahai orang-orang yang beriman. Masuklah ke dalam islam secara keseluruhan. Dan janganlah kamu ikuti langkah syaitan. Sungguh ia musuh yang nyata bagimu.” (2:208)

Terasa seperti Tuhannya berkata-kata padanya. Dia nekad untuk menyerahkan seluruh jiwa dan raganya kepada agama ini. Tidak lagi islam separuh-separuh. Perintah Tuhannya agar dia menyampaikan islam kepada umat manusia harus dia laksanakan. Tidak perlu tunggu lagi. Jika ia tunggu lagi bermakna ia mempertaruhkan nasibnya di akhirat kelak ketika soal jawabnya dengan Tuhan. Dia takut.

Kali ini dia betul-betul nekad. Tekadnya untuk terus tsabat di jalan yang satu masa dahulu dilalui oleh Rasulullah dan sahabat-sahabatnya. Tekadnya demi agama ini untuk terus bekerja menyuburkan islam di bumi Allah ini. Berkobar-kobar rasa hatinya ingin menyampaikan islam yang difahaminya kini pada rakan dan taulan. Mungkin ini juga rasa yang sama ketika pertama kali Siti Khadijah. Abu Bakar, Umar, Usman, Ali dan para sahabat yang lain sewaktu menerima islam. Terus sahaja pergi kepada orang terdekat menyampaikan keyakinan islam. Itu yang mahu dia lakukan kini.

Di suatu ketika, dia berpergian sendiri-sendiri. Ke suatu daerah yang jauh dari tempatnya...


Bersambung....

Pemakaian Tudung dari Perspektif Fizik

Kajian Kes

Dalam satu perbincangan, seorang siswi menceritakan masalah yang dihadapi berhubung dengan cara pemakaian. Masalah bermula apabila berhadapan dengan persepsi keluarga dan rakan-rakan setelah berubah dari wanita yang berpakaian "liberal" kepada wanita yang menutup aurat sepenuhnya seperti yang disarankan oleh Islam. Pandangan serong terhadap pemakaian tudung labuh dan jubah menyebabkan siswi tersebut berasa tersisih bukan sahaja terhadap pandangan masyarakat umum, tetapi pandangan siswi-siswi yang bergiat dalam program berunsurkan dakwah. Penerimaan terhadap perubahan berlaku agak sukar akibat sikap double-standard dan kronism yang diamalkan. Disebabkan mereka telah mendapat tarbiyah sekian lama dan menganggap diri adalah terbaik, agak payah untuk menerima orang yang baru mengenal erti tarbiyah yang sebenar. Apatah lagi berhadapan dengan ibu yang tidak memahami sehinggakan si ibu menyuruh siswi tersebut kembali kepada pakaian lama.

Penyelesaian

Bercakap tentang perubahan, ia bukanlah satu perkara yang mudah semudah mengalihkan sebatang pen dari satu meja ke meja yang lain. Apatah lagi berubah dari segi pemakaian yang melibatkan persepsi masyarakat sekeliling terhadap personaliti baru yang ingin dibentuk. Adalah penting adanya pemahaman terhadap matlamat perubahan dan pengorbanan yang tinggi agar terus istiqamah dengan perubahan.

Apa yang dilakukan oleh siswi tersebut adalah hijrah kepada kebaikan dan memerlukan ketahanan mental dan mujahadah yang tinggi. Dalam satu perubahan, sokongan dari segi spiritual, emosi dan mental diperlukan bukan sahaja dengan berharap kepada tuhan, tetapi juga dari masyarakat sekeliling khususnya mereka yang faham tentang Islam. Meskipun siswi tersebut baru mengenal erti tarbiyah dan mula bergiat dalam program berunsurkan dakwah, rakan-rakan dalam organisasi dakwah haruslah faham dan tidak memandang diri sebagai individu yang bertaraf tinggi sehingga tidak layak berdamping dengan mereka yang baru menerima hidayah.

Di sini, pentingnya pemahaman tentang konsep inverse response (respon songsang ~ rujuk Pemikiran Sistemik) dalam kehidupan seharian. Setiap sesuatu yang bersifat drastik memerlukan daya yang tinggi untuk diterima dan konsep bersabar terhadap time delay (masa lengah yang diperlukan sebelum satu sistem berfungsi) diperlukan. Sesuatu perubahan memerlukan visi yang jelas berdasarkan ilmu wahyu agar kekuatan diperoleh walaupun keadaan sekitar sukar menerima.

Bagaikan susu yang sebelumnya bercampur dengan najis, kuman, urea dan darah di dalam sistem badan seekor lembu akhirnya keluar sebagai susu yang suci yang mendatangkan kebaikan kepada peminumnya. Dapat disimpulkan bahawa bagaimana sukarnya susu itu keluar dari badan seekor lembu melalui proses perahan untuk bebas dari unsur-unsur negatif, begitulah sukarnya sesuatu perubahan untuk dilaksanakan. Persekitaran memerlukan masa untuk menerima sesuatu kelainan.

Adalah penting pemahaman tentang aurat kerana ia melibatkan penjagaan penglihatan yang berkaitan secara langsung dengan hati dan fikiran yang dipengaruhi oleh nafsu dan syaitan. Aurat yang dimaksudkan bukan sahaja terhadap kaum wanita, tetapi juga kepada kaum lelaki di mana sesetengahnya yang kurang sensitif menganggap aurat lelaki tidak berapa penting sehingga memakai seluar yang menampakkan lutut ketika bersukan. Bagi seorang wanita, aurat adalah perkara yang sangat besar dan skop aurat adalah lebih luas pada tubuh mereka berbanding lelaki. Manakala dalam institusi kekeluargaan pula, ibu bapa memainkan peranan penting terhadap pentarbiyahan setiap anak. Bahkan, mereka juga perlu ditarbiyah dan diberi peringatan agar tidak alpa akan arus dunia semasa yang membawa kepada kebatilan.

Haba Pendam Tentu dan Konsep Aurat

Dalam Fizik, konsep ketahanan mental, emosi dan spiritual ditekankan dalam bab haba pendam tentu dan berhubungkait dengan penjagaan aurat. Jika dikaji tentang formula yang digunakan:

J = mc x tetha

J ialah haba pendam tentu: Kuantiti haba yang boleh diserap oleh suatu objek yang mempunyai jisim tertentu dalam suatu kuantiti masa.

m ialah jisim objek yang menerima perubahan suhu.

c ialah keupayaan haba tentu: Keupayaan suatu objek yang mempunyai jisim tertentu menerima suatu kuantiti suhu dalam suatu kuantiti masa.

tetha ialah perubahan suhu.



Eksperimen 1: Haba Pendam Tentu (Fizik Tingkatan 4- BAB 2.3)

Abstrak/Pengenalan

Dalam kajian ini, "eksperimen" dilakukan ke atas 3 jenis wanita: wanita A- wanita bertudung labuh, berjubah dan menjaga lengan daripada terdedah, wanita B-wanita memakai pakaian biasa tetapi masih menutup aurat dan wanita C- wanita yang lebih selesa memaparkan rambut yang lurus setelah melalui teknik rebonding, menunjukkan keputihan dan kehalusan kulit lengan, mendedahkan kerampingan bentuk badan dan berhias laksana model-model muka hadapan majalah hiburan.

Tujuan

Mengkaji tahap ketahanan spiritual, mental dan emosi wanita terhadap tekanan yang diberi berdasarkan cara pemakaian.

Hipotesis

Semakin baik cara pemakaian yang diamalkan mengikut tatacara yang disyorkan dalam Islam, semakin tinggi tahap ketahanan mental, emosi dan spiritual atas tekanan yang diberi. Begitu juga sebaliknya.

Inferens

Wanita A mempunyai tahap ketahanan yang tinggi, wanita B mempunyai tahap ketahanan yang sederhana dan wanita C mempunyai tahap ketahanan yang lemah.

Pembolehubah manipulasi

c atau keupayaan suatu objek yang mempunyai jisim tertentu menerima suatu kuantiti suhu dalam suatu kuantiti masa mempunyai hubungan dengan ketahanan seseorang terhadap tekanan yang dikenakan. Bercakap tentang konsep aurat, ia mempunyai kaitan dengan suhu. Ramai yang membuka aurat atas alasan panas dan lebih suka bebas dari suatu kongkongan. Seorang pensyarah wanita di UIA dari New Zealand (bukan Islam) mempersoalkan istilah baju kurung. Adakah istilah baju kurung tercipta kerana sifatnya "mengurung" wanita di Malaysia? Sehinggakan ramai wanita sekitar KL dan Selangor lebih suka memakai jeans dan t-shirt?

Pembolehubah malar

m atau jisim objek yang menerima perubahan suhu. Anggap jisim, bentuk badan, bangsa, agama, dan ciri-ciri fizikal ketiga-tiga jenis wanita adalah sama.

tetha atau perubahan suhu. Ia adalah tekanan yang diberi secara automatik oleh Pencipta alam di mana wanita berhadapan dengan perubahan biologi seperti haid (datang bulan), nifas (keadaan yang berlaku semasa bersalin), menopause (berlaku pengurangan hormon estrogen) dan tekanan persekitaran (kerja, pelajaran dan lain-lain).

Pembolehubah bergerakbalas

J atau kuantiti haba yang boleh diserap oleh suatu objek yang mempunyai jisim tertentu dalam suatu kuantiti masa. Ia berkaitan dengan setinggi mana tahap ketahanan spiritual, emosi dan mental ketiga-tiga jenis wanita terhadap daya tekanan yang diberi.

Kaedah

1) Melalui pemerhatian kritikal terhadap perubahan personaliti ketiga-tiga jenis wanita dalam suatu jangka masa.

2) Bertanya secara berhikmah tentang perspektif ketiga-tiga wanita terhadap cara pemakaian.

3) Eksperimen diulang keatas wanita-wanita lain yang mempunyai ciri yang sama.

4) Eksperimen juga dilakukan keatas 2 jenis lelaki: Lelaki A- Lelaki yang menutup aurat dengan baik dan Lelaki B- Lelaki yang suka mendedahkan pusat sewaktu berlengging dan memaparkan lutut serta paha sewaktu bersukan atau berjalan-jalan.

Pemerhatian

1) Wanita A kelihatan humble, tenang, happy, ceria, lembut, sopan, pendiam, bercakap ketika perlu, berhati-hati dengan perhubungan dan berkemampuan mengawal perkataan yang dikeluarkan dari mulut.

2) Wanita B juga kelihatan tenang, ceria, happy tetapi kadangkala kelihatan risau dan bimbang seperti ada sesuatu yang tak kena. Ada masanya terlepas juga kata-kata yang kurang baik ketika marah. Tapi kembali normal setelah beberapa ketika. Penulis yang berjurusan senibina pernah menegur seorang studiomate wanita yang menggunakan spray dengan cara yang salah ketika menyembur model yang dibuat sehingga menyebabkan cat yang terhasil rosak. Lalu dalam keadaan marah, penulis dikatakan penyibuk walaupun niat penulis ingin menegur kesilapan yang dibuat. Penulis terus berlalu kerana tahu tetha sedang dikenakan terhadap studiomate tersebut. Selepas kejadian tersebut, keadaan kembali normal.

3) Wanita C kelihatan kelam-kabut, mempunyai stail tersendiri, kurang menjaga perkataan yang dilafazkan, overexcited, mudah melenting, agak sombong, materialistik dan sosial.

4) Lelaki A kelihatan normal, tetapi lelaki B agak stylo, mudah marah, ego yang terlampau tinggi, sukar menerima nasihat, memandang rendah atas kemampuan orang lain dan lebih agresif.

Kesimpulan

Dari eksperimen yang dijalankan, wanita dan lelaki yang mempunyai nilai J yang tinggi adalah mereka yang menjaga cara pemakaian dengan baik mengikut syariat Islam dan sensitif terhadap aurat. Seperti dalam formula yang diberi:

J = mc x tetha

Oleh itu, hipotesis diterima.

Mengkaji Fizik melalui perspektif Islam

Dalam usaha penyampaian Islam kepada individu yang faham tentang Islam, individu yang kurang faham tentang Islam dan individu yang tidak faham tentang Islam, pendekatan melalui ilmu duniawi berdasarkan kaedah saintifik dan empirik adalah salah satu cara yang sesuai kerana tak semua daripada mereka akan menerima jika menyampaikan melalui ilmu Tauhid. Masalah berlaku di Malaysia di mana persepsi masyarakat berubah iaitu belajar adalah untuk bekerja, bukan belajar untuk mencari ilmu.

Adalah menghampakan situasi yang sama berlaku pada mereka yang mengambil jurusan agama dan mereka yang menghafal kalam-kalam Allah. Jika perspektif ini berterusan, mereka tidak akan mampu untuk mengislamisasi ilmu yang dipelajari, melakukan integrasi antara ilmu duniawi dan ilmu Islam, menyampaikan ilmu pada peringkat antarabangsa agar mesej Islam sampai ke serata tempat seterusnya mencapai kecemerlangan menyeluruh.

Seperti yang tertera dalam misi UIA iaitu Triple ICE (Integrations, Islamizations, Internationalizations dan Comprehensive Excellence), adakah pelajar UIA akan mencapai misi UIA andai masih lagi belajar untuk bekerja? Bukan untuk pelajar UIA sahaja, malah kepada pelajar institusi lain sekali. Tidak malukah kita kepada mereka yang bukan Islam mengkaji ilmu sains melalui al-Quran lantas memeluk Islam atas kesedaran? Di manakah perginya reputasi pelajar Islam yang cuba dipertahankan? Fikirkan...

Sumber: Blog seorang sahabat

kehidupan

Segenggam Tabah

Bertali arus dugaan tiba
Menakung sebak airmata
Namun tak pernah pun setitis
Gugur berderai di pipi
Tidak ditempah hidup sengsara
Suratan nasib yang melanda
Menongkah badai bergelora
Diredah bersendirian
Bagaikan camar pulang senja
Patah sayapnya tetap terbang jua
Sekadar secicip rezeki
Buat yang sedang rindu menanti
Segenggam tabah dipertahankan
Buat bekalan di perjalanan
Kau bebat luka yang berdarah
Kau balut hati yang calar

Telah tertulis suratan nasibmu
Derita buatmu ada hikmahnya
Terlukis senyum di bibir lesu
Tak siapa tahu hatimu
Biarpun keruh air di hulu
Mungkinkah jernih di muara
Biarpun jenuh hidup dipalu
Pasti bertemu tenangnya

Rasa hati ini

Bismillahirrahmanirrahim.

Tak tahu napa saya terlalu lembut hati akhir-akhir ini. Air mata mudah sahaja mengalir. Bila dilihat apa yang terjadi tak adalah sebesar mana tapi itu mungkin hanya mata luar yang memandang. Dalam hati ini hanya Allah yang tahu apa sebenar yang bergolak. Saya sendiri pun kurang mengerti kenapa. Mudah benar untuk saya hilang mood sedangkan saya tidak pernah ada perangai 'ada mood tak de mood' selama ni. Entah dari mana datangnya angin mood tu pun saya masih buntu.

Saya banyak diam bila saya rasa tak suka atau kurang senang dengan apa yang berlaku. Kalau orang yang membuatkan saya diam tu mengajak saya berbicara, laju sahaja air mata nak keluar. Hakikatnya saya rasa bersalah pada orang di sekeliling saya. Lidah pula kelu untuk menuturkan kata, meluahkan rasa hati.

Kadang-kadang saya rasa saya tak berpeluang bagitahu orang saya tak suka sesuatu perkara, tetapi seolah-olah terpaksa mengikut sahaja dan akhirnya mengakibatkan saya berkorban rasa. Hinggalah suatu hari, di tepi jalan besar Manchester, ketika kehilangan tiket bas all day, saya menangis teresak-esak. Bila difikir-fikir, tak perlu pun nak menangis sebab hilang tiket tu, tapi saya tahu ada benda lain yang drive saya untuk menangis melegakan rasa di tepi jalan masa tu. Benda yang mungkin dah lama saya simpan. huhu.

Mungkin juga kerana kesunyian, tiada tempat nak mengadu betul-betul menyebabkan saya ada perasaan macam ni. Selama ni banyak betul saya berkongsi rasa pada mama dan juga pada teman saya, tapi sekarang dua-duanya ada di Malaysia. Banyak yang saya pendam sendiri. Ketika saya menulis ni pun, masih banyak yang saya pendam sendiri... :'(

Mungkin saya harus lebih akrab dengan Tuhan untuk mengubat rasa hati ini.


sebuah pengakhiran

Satu tabiat ketika saya sedang enak-enak mentelaah pelajaran di musim peperiksaan adalah mengunyah makanan-makanan ringan seperti biskut, keropok-keropok goreng ataupun mengumam gula-gula. Satu hari ketika kunjungan seorang sahabat bersama anak-anaknya, saya terpandang akan biskut yang menjadi kunyahan anak-anak tersebut. Biskut yang menjadi pujaan ketika saya kecil hinggalah hari ini-biskut ice cream, yang mana gula di atas biskut itu seolah-olah berbentuk ice cream.

Terkenang kisah sewaktu kecil setelah biskut tersebut berada dalam genggaman. Saya hanya akan memakan gulanya sahaja dan meninggalkan biskutnya terkontang kanting di dalam plastik. Tanpa saya sedari tabiat itu terbawa-bawa sehinggalah saya dewasa. Hehehe. Tetapi, semenjak dah besar panjang ini, saya akan cuba memakan biskutnya jugak instead of meninggalkannya begitu sahaja kerana tidak mahu membazir. Pernah saya makan gulanya sahaja ketika rumah terbuka hari raya keluarga angkat saya tahun lepas, sudahnya saya disamakan dengan anak kecil sahabatnya yang berusia 4 tahun yang sedang makan gula biskut itu bersama-sama saya. Huhuhu.

Jika di malaysia biskut ice cream tu dijual mengikut timbangan (biasanya di kedai-kedai runcit), di sini pula ia dijual dalam peket-peket kecil yang mudah dibawa ke mana-mana. Bagi kanak-kanak, isi biskut yang terdapat dalam peket mini itu mungkin mencukupi. Namun bagi saya, saya pasti akan menghabiskan dua ke tiga peket dalam satu masa. Tentunya stok biskut itu di dalam bilik saya juga berpeket-peket.

Suatu hari, ketika sedang asyik menelaah pelajaran sambil mengunyah biskut ice cream kegemaran, tiba-tiba saya tersentak apabila menggagau peket biskut tersebut. 'Alamak...dah habis la pulak...' Terlupa pulak untuk saya mengupdate stok biskut itu akibat sibuk menghadapi peperiksaan. Sudahnya, hanya peket biskut yang kosong isinya bersama saya. Padahal pada masa itu saya langsung tidak bersedia untuk berhadapan dengan kehabisan biskut itu. Kebiasaannya, jika sesuatu makanan saya sudah hampir habis, saya akan makan dengan perlahan-lahan dan menikmati makanan itu dengan sepenuh hati saya. Itulah yang menyumbangkan kekecewaan saya apabila biskut ice cream itu dihabiskan tanpa saya sedari.

Hilang mood saya untuk meneruskan study pada ketika itu. Terus duduk di meja study sambil merenung jauh. Masih cuba menerima kenyataan akan kehabisan biskut saya itu. Satu rasa tanpa saya sedari menyerap masuk ke dalam hati. Andai kehabisan kecil sebegini saya sukar untuk menerima, bagaimana pula dengan sebuah penghabisan usia saya yang entah tidak tahu bila. Sebuah pengakhiran yang pasti akan datang jua kepada semua makhluk yang bernyawa.

Jika saya tidak bersedia menghadapi kehabisan biskut yang kecil kesannya pada hidup saya, adakah saya sudah benar-benar bersedia menghadapi pengakhiran besar yang pasti. Nauzubillahi min zalik. Takut saya memikirkannya. Takut saya memikirkan amalan yang tidak seberapa, dosa-dosa selama ini dan juga amanahNya yang masih belum tertunaikan. Sudah cukupkah amal ibadat untuk dibawa bersama berhadapan denganNya? sudah terjalankah amanahNya sebagai khalifah di bumi ini? satu muhasabah yang cukup menggetarkan hati saya petang itu.

Penat mengulangkaji, saya duduk menghadap komputer riba. Ada link youtube yang kawan saya hantarkan melalui sistem pesanan yahoo. Tanpa teragak-agak, tangan saya pantas menghalakan pointer ke link tersebut dan terjelmalah tetingkap untuk sebuah video yang sungguh berkaitan dengan kejadian yang menimpa saya seketika tadi. Video tentang sebuah kematian... Cukup menginsafkan...

Ramadhan Kareem...


Alhamdulillah, segala pujian syukur hanya layak bagi Allah Azzawajalla yang mengizinkan saya bertemu dengan bulan yang penuh keberkatan dan keampunan ini. Terngiang-ngiang kata-kata Ustaz Maszlee ketika kami melawatnya di Durham minggu lepas. Tazkirah ringkasnya cukup mengobarkan semangat saya untuk menjadikan Ramadhan kali ini sebagai yang terbaik.

Sesungguhnya, Ramadhan yang terbaik adalah seperti mana Ramadhan yang Rasulullah dan para sahabat sambut. Persiapan menyambut bulan mulia ini dibuat seawal 6 bulan sebelum kedatangan Ramadhan dan kesan Ramadhan itu sendiri dapat dirasai 6 bulan selepas berlalunya bulan ini. Malahan Rasulullah dan para sahabat menunjukkan semangat untuk menyambut Ramadhan dengan banyaknya berpuasa di bulan Syaaban. Terasa kerdil diri bila membandingkan cara saya menyambut Ramadhan dengan cara Rasulullah dan para sahabat.

Semoga Ramadhan yang sudah satu hari berlalu ini akan terus digegarkan dengan pesta-pesta ibadah kita. Sungguh besar peluang untuk kita menyucikan diri pada bulan yang penuh dengan keampunan dan rahmat Allah ini. Banyakkan membaca al-quran secara berjemaah (bertadarrus), bersedeqah, bertaubat, berzikir, solat-solat sunat, bangun malam bermunajat kepadaNya sebelum atau selepas bersahur dan membuat amal-amal kebajikan yang lain, manakala di sepuluh malam terakhir Ramadhan, memburu-burulah lailatul qadar. Sesungguhnya satu malam lailatul qadar itu bersamaan dengan 1000 bulan seperti firman Allah dalam surah al-qadr.

Semoga amalan-amalan ini akan berterusan walaupun Ramadhan sudah meninggalkan kita. Peluang bertemu bulan yang penuh rahmat dan keampunan ini hanya sekali dalam setahun, dan hanya Allah yang Maha Mengetahui sama ada kita masih dapat mengecapi nikmat Ramadhan pada tahun berikutnya.

Wallahualam

1 Ramadhan 1428H

jangan pernah lupa

Kelu...tiada apa yang mampu aku ungkapkan tatkala membaca email seorang teman. Betapa aku leka dengan kesenangan yang ada sekarang hingga kadang kala terlupakan apa matlamat sebenar hidupku. Sungguh syaitan itu tidak pernah berehat dan kenal erti lelah dan tidak jemu dari menggoda dan menyesatkan anak-anak adam.

Terkenang suatu ketika tatkala ayat-ayatNya menggoncang hatiku, lantas membuka minda untuk berfikir, apa tujuan hidupku, mengapa aku di sini dan ke mana aku kan pergi.
Rasa takut, sedih dan marah bercampur aduk kala itu. Takut dengan amaran Tuhanku itu, sedih mengenangkan usia yang sia-sia aku habiskan tanpa menyumbang apa-apa terhadap agamaku dan marah kepada diri sendiri atas dosa-dosa silam.

Andai diizinkanNya, aku tidak ingin mengingati aku yang dahulu. Insan yang hidupnya dalam jahiliyah, tiada neraca islam dan timbang tara keputusan, ada apa-apalah lagi. Namun, itulah tanda bahawa Dia itu Maha Penyayang. DihadirkanNya cahaya ketika aku dalam kegelapan, diubatkan kesedihanku dengan janji-janjiNya yang pasti, dileraikan keresahanku dengan ayat-ayatNya yang menyejukkan hati. Nah, apa lagi yang aku mahu? Apa lagi yang aku tunggu untuk berlengah-lengah dari menjalankan amanah dan kewajipanNya? Tidak cukupkah segala nikmat yang Dia kurniakan kepadaku sehingga tersanggup aku lalai dari menunaikan perjanjianku denganNya?

Sesungguhnya tidak cukup utk aku hanya berfikir yang Dia itu Maha Pengampun untuk aku lalai dari amanahNya, kerana Dia jugalah Yang Maha Keras dalam mengazab mereka yang lalai dan lupa dalam menjalankan apa yang telah dipertanggungjawabkan ke atas diri mereka... Nauzubillahi min zalik...

Kutitipkan ayat yang pernah menggoncang hatiku suatu ketika dahulu utk pengajaran kita bersama... Semoga ia bisa menaikkan kembali semangat kita untuk bekerja di jalanNya, dan menjadi ingatan pada kita yang sentiasa lupa akan janjiNya.

SURAH AT-TAUBAH

[38]
Wahai orang-orang yang beriman! Mengapa kamu, apabila dikatakan kepada kamu: "Pergilah beramai-ramai untuk berperang pada jalan Allah", kamu merasa keberatan (dan suka tinggal menikmati kesenangan) di tempat (masing-masing) ? Adakah kamu lebih suka dengan kehidupan dunia daripada akhirat? (Kesukaan kamu itu salah) kerana kesenangan hidup di dunia ini hanya sedikit jua berbanding dengan (kesenangan hidup) di akhirat kelak.

[39]
Jika kamu tidak pergi beramai-ramai (untuk berperang pada jalan Allah - membela ugamaNya), Allah akan menyeksa kamu dengan azab seksa yang tidak terperi sakitnya dan Ia akan menggantikan kamu dengan kaum yang lain, dan kamu tidak akan dapat mendatangkan bahaya sedikitpun kepadaNya. Dan (ingatlah) Allah Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu.

[40]
Kalau kamu tidak menolongnya (Nabi Muhammad) maka sesungguhnya Allah telahpun menolongnya, iaitu ketika kaum kafir (di Makkah) mengeluarkannya (dari negerinya Makkah) sedang ia salah seorang dari dua (sahabat) semasa mereka berlindung di dalam gua, ketika ia berkata kepada sahabatnya: "Janganlah engkau berdukacita, sesungguhnya Allah bersama kita". Maka Allah menurunkan semangat tenang tenteram kepada (Nabi Muhammad) dan menguatkannya dengan bantuan tentera (malaikat) yang kamu tidak melihatnya. Dan Allah menjadikan seruan (syirik) orang-orang kafir terkebawah (kalah dengan sehina-hinanya) , dan Kalimah Allah (Islam) ialah yang tertinggi (selama-lamanya) , kerana Allah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.

[41]
Pergilah kamu beramai-ramai (untuk berperang pada jalan Allah), sama ada dengan keadaan ringan (dan mudah bergerak) ataupun dengan keadaan berat (disebabkan berbagai-bagai tanggungjawab) ; dan berjihadlah dengan harta benda dan jiwa kamu pada jalan Allah (untuk membela Islam). Yang demikian amatlah baik bagi kamu, jika kamu mengetahui.

[42]
Kalau apa yang engkau serukan kepada mereka (wahai Muhammad) sesuatu yang berfaedah yang sudah didapati, dan satu perjalanan yang sederhana (tidak begitu jauh), nescaya mereka (yang munafik itu) akan mengikutmu; tetapi tempat yang hendak dituju itu jauh bagi mereka. Dan mereka akan bersumpah dengan nama Allah dengan berkata: "Kalau kami sanggup, tentulah kami akan pergi bersama kamu". (Dengan sumpah dusta itu) mereka membinasakan diri mereka sendiri, sedang Allah mengetahui bahawa sesungguhnya mereka itu orang-orang yang berdusta (tentang tidak sanggupnya mengikutmu).

[43]
Allah memaafkanmu (wahai Muhammad), mengapa engkau izinkan mereka (tidak turut berperang) sebelum nyata bagimu orang-orang yang benar dan (sebelum) engkau mengetahui orang-orang yang berdusta?

[44]
Orang-orang yang beriman kepada Allah dan hari akhirat, tidak akan meminta izin kepadamu untuk (tidak turut) berjihad dengan harta benda dan jiwa mereka. Dan (ingatlah) Allah Maha Mengetahui akan orang-orang yang bertaqwa.

[45]
Sesungguhnya yang akan meminta izin kepadamu hanyalah orang-orang yang tidak beriman kepada Allah dan hari akhirat, dan yang hati mereka (sangat) ragu-ragu. Oleh itu mereka sentiasa bingung teragak-agak dalam keraguannya.

[46]
Dan kalaulah mereka mahu keluar (untuk turut berperang), tentulah mereka menyediakan persiapan untuknya; tetapi Allah tidak suka pemergian mereka, lalu dilemahkanNya semangat mereka, dan dikatakan (oleh Syaitan): "Tinggalah kamu bersama-sama orang-orang yang tinggal".

ikan yang sedih

Assalamualaikum wbt...
Lama saya tak bukak blog nih dan juga blog quranic saya.... rindu dengan celoteh anak2 circle yang comel... Terasa menyala-nyala rindu pada keriangan semasa circle kami. Tergerak hati untuk view balik entri2 blog quranic circle sebelum ni dan terasa amatlah tersentuh dengan satu entri yang ditulis oleh salah seorang ahli quranic circle saya...
kalau mampu, bacalah entri ni dengan gaya bahasa orang terengganu kerana penulisnya orang terengganu... ;-)

" saye nk share satu cerite ngan teman2 yang akrab... cerite kucing dan ikan yang comey... cerite die macam ni.. mule2 kucing jumpe ikan.. kucing rase ikan comey.dia pom nk kawan ngan ikan.ikan mule2 x suke kucing sbb ikan risau kucing makan die nanti. ditakdirkan Allah, lame2 ikan pom suke kucing jugak sebab kucing sangatla protektif. ikan yang memang mule2 tuh x suke kucing sangatla sayang ngan kucing akhirnya. diorang pom main laa same2 slalu... mereka gemmmbiiiiira bersame. kucing jugak slalu nasihatkan ikan jangan main kat tepian air, sebab risau ikan nanti kene pancing..kadang2 ikan degil, die main jugak sebab kat tepian la banyak cacing. tapi , mereka tetap rapat walopun ikan x dengar kate kucing...

suatu hari, kucing kena pergi outstation. ikan pulak kene pergi bina istana utk raja air. tempat outstation kucing jauh. lame die pergi. istana yang ikan bina pom besar. lame ikan duk buat mende tuh. ikan ngan kucing x dapat main2 same2 dah... makin hari... kucing makin sibuk, ikan pom sibuk... kucing teringatkan ikan... ikan pom teringaaaat sangat kat kucing... tapi sebab tempat outstation jauh, ditambah ngan istana yang blom siap, diorang x dapat main bersama.

ikan rindu sangat ngan kucing... tapi istana yang x siap x membenarkan ikan ke tempat kucing yg jauh tuh. kucing pom sibuk, ikan x nak kacau.. tp ikan rindu sangat kat kucing...rinduuuu sangat..lame-kelamaan, sebab dah lame sangat x jumpe, ikan rase susah nak jumpe kucing dah... ikan rase kucing dah sangat jauh... ikan sedih sangat... sediihhhh sangat... hari2 die sedih... ikan sayangkan kucing walopon kadang2 ikan rase kucing garang sangat x bagi ikan main kat tepian, ikan sayangkan kucing lebih dari ikan sayangkan ikan2 yang lain...

ikan saaayaaang sangat ngn kucing... ikan riindu kucing... sbb x tahan rindu ngan kucing, ikan doa kat Allah Yang Maha Esa: ''Ya Allah, Kau berikanlah yang terbaik utk kucing, Kau jagalah ukhuwah antara kami sehingga akhir hayat kami, jika telah Kau tetapkan aku dan kucing untuk bersame, maka Kau suburkanlah hati-hati ini dengan cinta-cintaMu''
Ameen..."

-Maafkan saya andai ada amanah saya pada anak2 circle saya yang saya terlepas pandang... kucing pun rinnnnnduuu ikan sangat. ;-(

sebuah kepulangan

Lama saya tidak menulis... terlalu sibuk ketika berada di malaysia. tidak pernah saya merasa sebahagia ini ketika pulangnya ke tanah air. malam pertama saya pulang, disambut meriah oleh sanak saudara jauh dan dekat yang menunggu sambil menyiapkan buah telur dan buah tangan untuk kenduri keesokan hari. penat perjalanan sangatlah terasa namun semangat untuk bersama-sama menyiapkan buah tangan melebihi kelelahan perjalanan penerbangan 13 jam. akhirnya, di kala jam berdenting 5 kali menandakan tepat jam 5 pagi, hanya saya seorang yang masih tinggal dan menyiapkan mana yang termampu. otak saya nampaknya masih belum disetkan dengan waktu tidur malaysia. usai menghadapNya di subuh hari, saya bergegas masuk ke kamar peraduan setelah menggerakkan mama untuk solat. pesan saya pada mama untuk mengejutkan saya dari tidur jam 8.30 pagi untuk persiapan kenduri. keletihan membelit diri, membuatkan saya tidak mampu membuka walau sepicing pun mata tatkala mama mengejutkan saya dari lena.

melihatkan suasana rumah tatkala terjaganya dari lena yang singkat itu membuatkan saya kelam kabut membersihkan diri dan bersiap seadanya. tetamu sudah mula memenuhi ruang legar di hadapan rumah berteduh di bawah khemah yang tegak berdiri bersama dengan hidangan yang membuatkan setiap perut minta diisi. mana tidaknya, di samping lauk-pauk kenduri yang membuka selera, mama telah menyediakan laksa hasil gabungan tangannya dan ibu saudara saya untuk para tetamu. kagum saya dengan mama kerana sanggup menyediakan laksa untuk 500 orang tetamu sedangkan rumah kami hanya sepelaung dari kedai laksa telok kechai. tidak sampai tengah hari, kuah laksa tersebut kelihatan surut sekali dari periuknya. nasib baik saya dan adik sempat membaham 2 mangkuk sebelum berputih mata. nampaknya terpaksa juga kami membeli laksa dari kedai laksa berdekatan.

alhamdulillah, rakan taulan dan sanak saudara berpuas hati dengan lauk pauk yang disediakan sehinggakan saya sendiri menambah 2 kali. lauknya, seperti kebiasaan kenduri lain- acar buah, ikan 3 rasa, daging masak kicap, gulai daging dan tidak kurang istimewa-bubur pulut hitam. tidak cukup dengan hidangan di khemah para tetamu, saya dan adik sempat menjamah hidangan yang disediakan untuk pengantin memandangkan pengantin hanya menjamah sedikit sahaja makanan yang disediakan. tak terungkap perasaan gembira tatkala melihat wajah kakak ipar baru saya ketika kami sama-sama mengambil gambar kenangan bersama. berkeping-keping gambar dirakam bersama saudara mara dan tidak lupa juga atuk dan opah yang jauh datang.

bertambahlah seorang ahli keluarga saya sekarang. tak terungkat dengan kata-kata bagaimana gembiranya saya dengan penambahan tersebut. selama ini mungkin saya sunyi di rumah-teramat sunyinya. dengan abah, mama dan abang yang keluar bekerja, dan adik yang belajar dan tinggal di asrama meninggalkan saya keseorangan di rumah. kini, saya sudah ada teman untuk berbicara , dan membantu saya meyiapkan kerja-kerja rumah tentunya selepas bibik kami pulang ke indonesia sebaik sahaja tamat kenduri abang. dan kakak ipar saya jugalah yang sentiasa menemani saya untuk keluar membeli barang keperluan sebelum pulang ke sini.

kini, saya sudah pulang ke bumi tempat saya berjuang. rasa rindu pada rumah ternyata telah terbit tatkala saya cuba melelapkan mata di dalam penerbangan terutama sekali pada mama. ingin sekali saya pulang lagi sekali sebelum saya memulakan kembali persekolahan. namun, bertemankan keletah rakan-rakan di tanah tempat saya berjuang ini telah menguatkan kembali semangat saya untuk terus menimba ilmu di sini dan membawa pulang mutiara-mutiara berharga tahun hadapan. insyaAllah.

Untuk mama dan abah, anakmu terlalu rindu untuk terus berada di sisimu. Sentiasalah doakan kesejahteraanku di sini. Kan ku bawa pulang cinta ini tahun hadapan. :'(

di sebalik ria wajah mama...

Alhamdulillah, dengan izin yang Maha Esa, abang saya selamat diijab-kabulkan petang semalam. mendengar riuh rendah suasana menyediakan kelengkapan sebelum majlis membuatkan saya terasa-rasa akan suasana riang gembira di rumah. hati ini melonjak-lonjak ingin pulang ke pangkuan keluarga tercinta. bertemu mata dengan sanak saudara di samping bertukar khabar berita adalah perkara yang saya paling suka lakukan. terbayang-bayang kemesraan yang hadir menghiasi tatkala duduk bersama.

Dalam gembira suasana menyambut ahli keluarga baru, terdetik di hati saya yang hati mama pasti ada terselit duka. duka yang mungkin barangkali hanya dapat dimengerti oleh anak-anaknya. mama mengkhabarkan di dalam talian kepada saya yang dapat hadir sama merasakan debaran pengantin hanyalah saudara terdekat sebelah ayah sahaja. atuk dan nenek bersama-sama saudara pihak mama tidak dapat hadir bersama memeriahkan suasana. atuk masih terlantar di hospital. masakan bisa ia dapat menyertai keramaian itu. jarak perjalanan perak-kedah bukannya sebarang dekat. kurang-kurang mahu juga 3 jam perjalanan. ini pun anggaran perjalanan seperngalaman saya dipandu abah balik kampung dengan kelajuan 150 km/j atau lebih. tambahan pula kaki atuk tidak tahan perjalanan jauh. akan lenguh-lenguh dan menggangu perjalanan darah di kakinya yang sekian lama membengkak itu.

terkenang saya ketika peristiwa abah dilanda kemalangan jalan raya sekitar 3 tahun lepas. dengan kecederaan yang agak parah menuntut abah untuk lama di hospital. mamalah yang siang malam menjaga abah, ke sana ke mari dari makmalnya ke wad abah. jarak makmal mama ke wad abah tidaklah sedekat mana walaupun dalam satu kawasan kompleks hospital. tidur mama tidak menentu. kakinya lenguh-lenguh akibat ke sana ke mari tiada henti. rumah tiada siapa yang mengurus memandangkan saya dan adik berada di asrama ketika itu. segalanya menjadi kelam kabut ketika itu. kasihan mama.

setelah lebih kurang hampir sebulan setengah abah terlantar di hospital, barulah saya berkesempatan pulang ke rumah. namun, ini bukan pertama kali saya akan bertemu abah sejak abah dilanda kemalangan kerana saya pernah dibawa ibu saudara saya bertemu dengan abah ketika rawatan matanya yang cedera akibat kemalangan di hospital selayang. sayu hati tatkala tiba di lapangan terbang alor setar bila memikirkan tiada siapa yang bakal menyambut saya kerana semua ahli keluarga pasti sibuk dengan abah di hospital. melihatkan sahabat-sahabat saya disambut dengan tawa riang dan hangat pelukan keluarga hampir membuatkan air mata saya menitis di kala itu. namun, hati ini saya kuatkan.

di celah-celah keramaian manusia, telinga saya sempat menangkap jeritan riang kanak-kanak memanggi-manggil nama saya. gembira bukan kepalang saya melihat sepupu-sepupu yang masih kecil bersama dengan pakcik yang merupakan adik bongsu ayah datang mengambil saya di airport. sekurang-kurangnya ada juga pengubat rawan di hati. segera saya sembunyikan kesedihan yang bertandang sebentar tadi. sebelum pulang ke rumah, saya dibawa berjumpa abah walaupun ketika itu di luar waktu melawat. nasib menyebelahi kerana mama saya adalah kakitangan hospital. akan tetapi, saya tidak banyak bercakap ketika bertemu abah. sebak menghiasi dada melihatkan abah yang selama ini sihat dan aktif terlantar di ruang hospital walaupun abah cuba menceriakan suasana menyambut kepulangan saya. sempat saya menghadiahkan abah senaskah buku sirah nabawiyah kepada abah sebelum pulang sebagai pengisi masa lapangnya di hospital.

hampir separuh dari dua minggu cuti penggal saya habiskan dengan menjaga abah di hospital. saya hanya menjaga abah waktu siang memandangkan mama bekerja ketika itu dan sejurus tamat sahaja waktu kerjanya, mama kan pasti datang menjaga abah. itulah rutin harian mama. saya dapat merasakan keletihan mama. melihat wajahnya sahaja sudah membuatkan saya seperti hendak menggalas bersama beban yang mama tanggung.

suatu malam, ketika giliran abang saya yang menjaga abah di hospital, saya dan mama tinggal di rumah bersama-sama sepupu-sepupu yang menyambut saya di airport tempoh hari. ketika saya sibuk menguruskan makan malam di dapur, telefon di ruang tamu tiba-tiba berdering, dan diangkat oleh sepupu saya yang ketika itu sedang menonton tv. katanya panggilan dari kampung yang ingin bercakap dengan mama. saya meminta sepupu saya itu memanggil mama sendiri di biliknya memandangkan saya sedang sibuk ketika itu. seketika kemudian, sepupu saya itu datang semula kepada saya meminta saya menjawab panggilan kerana mama tidak keluar bilik walaupun telah dipanggil berkali-kali. suara atuk menghiasi ruang telefon tatkala saya mengucapkan salam. atuk memberitakan keadaannya yang ditahan di hospital dan meminta saya maklumkan hal itu kepada mama. selesai mengucapkan salam menutup bicara, saya bergegas menemui mama di biliknya. namun, bilik mama gelap. hanya cahaya suram dari tv yang terpasang menghiasi kamar itu. terpempan saya seketika mendengar mama teresak-esak....

sungguh inilah pertama kali saya melihat mama menangis setelah saya menginjak remaja. tangis mama bukan tangis yang dibuat-buat. tangisnya begitu hiba dan sayu. luluh hati saya mendengarnya walaupun saya tidak mengetahui butir bicara mengapa mama menitiskan air mata. perlahan-lahan saya memeluk tubuh mama. mendakap mama penuh kasih sayang. perlahan-lahan saya khabarkan pada mama perihal atuk sebentar tadi. tangisan mama semakin tak tertahan-tahan. panik saya dibuatnya. pelukan saya semakin erat untuk meredakan ketegangan yang melanda.


"ila, mama dah tak sanggup tanggung semua ni. sudahlah abah sakit, atuk pulak masuk hospital. mana mama mampu tanggung semua ni. mama dah tak larat. kaki mama pula sakit, ila." keluh mama bersama tangisannya. air mata saya menderu laju. seolah-olah terbayang di wajah saya akan tanggungjawab mama ketika itu sebagai isteri kepada suami yang terlantar di hospital dan juga tanggungjawabnya sebagai anak kepada bapa yang sakit.

saya mencari kekuatan dalam diri untuk meluahkan kata-kata penyejuk hati mama. teringat pesan seorang sahabat ketika saya meluahkan rasa sewaktu awal-awal mengetahui abah dilanda kemalangan. dengan tangis hiba, saya juga meluahkan perkara yang sama terhadap sahabat itu, tentang ketidak mampuan saya dengan ujian seberat ini. alhamdulillah, sahabat saya itu meniupkan semangat saya kembali dengan ayat-ayat Allah. sungguh terkesan oleh saya bila Allah berfirman bahawa Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya (Al-Baqarah: 286). kerana Allah tahu saya mampu menghadapi ujian seberat inilah Allah turunkan ujian ini kepada saya.

ayat ini juga yang saya tuturkan untuk mama. saya kuatkan kembali semangat, menanamkan keyakinan kepada mama segalanya akan pulih seperti sedia kala dan memintanya bersabar menghadapi ujian ini serta berjanji akan sentiasa mama di saat susah dan senang mama. saya minta mama doakan yang terbaik untuk abah dan juga atuk, minta agar segala urusan keluarga kami Allah permudahkan. malam itu, walaupun penuh dengan tangisan, namun saya rasa bahagia berada dalam pelukan mama, bersama-sama berkongsi rasa anak dan mama. dalam hati saya diam-diam berdoa yang baik-baik untuk keluarga kami.

peristiwa abah ditimpa kemalangan banyak mengajar keluarga saya erti ketabahan, kecekalan dan kematangan dan pengorbanan. abang, yang saya kenali dengan sikapnya yang masih belum bersedia memikul tanggung jawab menunjukkan perubahan yang amat membanggakan kepada sesiapa yang mengenalinya. abang memikul amanah ketua keluarga sepanjang ayah di hospital. abang juga lah yang menggantikan tugas abah sementara sebagai penggerak nursery keluarga. abang banyak belajar, membina kematangan seterusnya meningkatkan kemampuannya untuk menguruskan nursery keluarga di saat umurnya baru menjejak 22 tahun.

setinggi-tinggi kesyukuran saya panjatkan kepada Allah yang Maha Penyayang kerana mengurniakan ujian yang sebenarnya menghadiahkan seribu satu kemanisan kepada keluarga saya saat ini. ujian yang mematangkan dan yang membuatkan kami banyak belajar darinya. dari peristiwa itu, saya tekad mahu jadi setabah dan secekal mama, wanita yang akan saya kagumi dan menjadi contoh kepada saya bagaimana mengharungi kehidupan berumah tangga kelak.

hari ini, dengan rahmatNya, abah sudah kembali sihat seperti sedia kala dan semakin giat mengusahakan perniagaannya. mama pula sentiasa di sisi abah memastikan perniagaan keluarga berjalan lancar. begitu juga abang, antara tenaga utama dalam perniagaan keluarga. abang juga saya doakan agar bahagia bersama rumah tangga yang dibinanya itu. saya juga doakan abah dan mama gembira dengan menantunya. sentiasa saya titipkan dalam doa seusai solat agar abang, saya dan adik akan menjadi anak-anak yang soleh buat mama dan abah.

kala ini, saya hanya menanti hari untuk pulang menemui wajah-wajah kesayangan saya itu. saya mohon agar Allah akan terus melebarkan rahmat dan kasih sayangnya kepada keluarga saya. insyaAllah, dengan rahmatNya juga akan saya berusaha agar mereka memahami ajaran deen ini. ameen


pengenalan gambar: dari kiri - nana (adik), yop (abang), atuk, opah, saya, mama, dan abah.