Percubaan menulis cerpen 1

Pertama kali dia mendengar kisah srikandi agung Rasul Allah itu hatinya menyimpan cita-cita. Besar menggunung cita-citanya. Akhlak semurni Siti Khadijah, itu impiannya. Sikap pemurah Siti Khadijah yang sanggup menginfaqkan seluruh hartanya di jalan Allah ingin sekali dicontohinya. Malah, dia ingin sekali memiliki budi pekerti semulia isteri kesayangan Nabi itu

Ketika cita-cita itu ditanam kokoh di sanubarinya, dia masih kecil. Masih terlalu mentah untuk memahami erti perjuangan.Cita-citanya yang setinggi langit itu sekadar melihat pada akhlak murni sayap kiri Rasulullah itu berdasarkan apa yang ummi ceritakan. Berdasarkan juga apa yang ustazah ceritakan di dalam kelas agamanya, berdasarkan juga apa yang kakak kesayangannya ceritakan ketika mendodoikan dia tidur. Lantaran keinginannya itu, tiap-tiap hari pasti diulangi perkara yang sama pada umminya, pada ustazah, dan pada kakaknya. “Adik nak jadi seperti Siti Khadijah”

Kini dia telah meningkat usianya. Allah mentakdirkan dia memahami hakikat islam yang sebenar. Walaupun seperti agak terlewat, namun dia bersyukur dapat menikmati islam yang seharusnya dia fahami. Dia memahami islam ketika dirinya asing di bumi perantauan. Di satu tempat yang tak pernah terjangkau oleh akal pemikirannya untuk menimba ilmu islam di situ. Tempat itu, tiada ibu di sisinya. Tanpa ayah di sisi. Tidak juga abang, kakak, adik dan saudara mara di kelilingnya.. Yang ada hanyalah saudara seaqidahnya yang kuat memberi dorongan untuk dia terus berada di jalan itu.

Kini, dengan izinNya, dia menyerahkan seluruh jiwa dan raganya untuk agama ini. Dia nekad untuk masuk islam secara seluruhnya seperti firman Tuhannya dalam satu ayat surah al-Baqarah.

“Wahai orang-orang yang beriman. Masuklah ke dalam islam secara keseluruhan. Dan janganlah kamu ikuti langkah syaitan. Sungguh ia musuh yang nyata bagimu.” (2:208)

Terasa seperti Tuhannya berkata-kata padanya. Dia nekad untuk menyerahkan seluruh jiwa dan raganya kepada agama ini. Tidak lagi islam separuh-separuh. Perintah Tuhannya agar dia menyampaikan islam kepada umat manusia harus dia laksanakan. Tidak perlu tunggu lagi. Jika ia tunggu lagi bermakna ia mempertaruhkan nasibnya di akhirat kelak ketika soal jawabnya dengan Tuhan. Dia takut.

Kali ini dia betul-betul nekad. Tekadnya untuk terus tsabat di jalan yang satu masa dahulu dilalui oleh Rasulullah dan sahabat-sahabatnya. Tekadnya demi agama ini untuk terus bekerja menyuburkan islam di bumi Allah ini. Berkobar-kobar rasa hatinya ingin menyampaikan islam yang difahaminya kini pada rakan dan taulan. Mungkin ini juga rasa yang sama ketika pertama kali Siti Khadijah. Abu Bakar, Umar, Usman, Ali dan para sahabat yang lain sewaktu menerima islam. Terus sahaja pergi kepada orang terdekat menyampaikan keyakinan islam. Itu yang mahu dia lakukan kini.

Di suatu ketika, dia berpergian sendiri-sendiri. Ke suatu daerah yang jauh dari tempatnya...


Bersambung....

5 comments:

  PendekarTanpaNama

23 October 2007 at 11:26

This comment has been removed by the author.
  PendekarTanpaNama

23 October 2007 at 11:30

sori dell,silap plak terdelete.sebenarnya nak cakap teruskan usaha.siti menyokong dell dari tepi,kiri,kanan,depan dan belakang.siti pun tengah menulis2 juga.selalunya cerpen separuh,theme pun dah lari bila lama sgt tinggal.jalan cerita dah pusing 180 degree.huhu... boleh la kita buat 'kolobrasi' nnt.sambung menyabung cerpen.kalau harapkan siti,mmglah cerpen tu xde penutup.hanging je...

  nor dalila

23 October 2007 at 11:33

ngehehe...sama la kita...cerpen yang ni haa, dah setahun tak dapat2 nak sambung lagik... apapun, moga istiqamah utk menulis... iA leh je wat kolobrasi...

  Anonymous

23 October 2007 at 15:08

salam...waaa....kak dell...pandai berkarya rupenye...baru ku tau rupenye..hehehhe saje ek kaco..ngahhahah..jgn marah...

  nor dalila

23 October 2007 at 15:10

hehehe mana ade marah.. kak dell sayang je sume adik2 kak dell. x leh marah2 kot nnt copek tuo