Sambungan cerpen yang tidak bertajuk

Bak kata seseorang... ni bukan cam cerpen sbb termeleret panjang.huhu...


Perjalanan pulangnya ke daerah juang diiringi dengan rasa sayu akan perpisahan. Kasih sayang atas nama Tuhan membuatkannya sukar untuk melepaskan diri dari dakapan erat saudara-saudara yang mengiringi pemergiannya. Terasa sebati kasih sayang itu dalam dirinya, mengalir tenang di jiwa walau kenalnya mereka hanya beberapa ketika. Dia akur akhirnya atas perpisahan itu, kerana hakikat adanya pertemuan, terciptanya perpisahan.

Damai suasana lapangan terbang pagi itu menyapa kepulangannya, sedamai hatinya menyambut nikmat usia yang Tuhan kurniakan padanya tahun itu. Kalimah syukur tidak henti dari mulutnya tatkala ucapan hari lahir dari sahabat handainya menyapa. Terkesan olehnya ucapan dari seorang teman akrab, yang mendoakan akan keberkatan usianya. Lantas dia memanjatkan doa agar usianya selama ini tidak sia-sia dan sentiasa diberkati.

Alunan nasyid Siti Khadijah dipilih menjadi penemannya sementara menanti kedatangan teman serumahnya untuk mengambilnya dari lapangan terbang pagi itu. Lagu itu menambah damai hatinya. Menusuk ke kalbunya lantas menerbangkannya jauh kepada cita-cita yang dipasangnya sejak kecil. Cita-cita yang tertanam kukuh dalam dirinya selama ini diungkai satu persatu pagi itu sebagai muhasabah diri yang kemudiannya ditanam semula dengan lebih kukuh.

Selari dengan peningkatan usia juga kematangan pemikirannya, dia sedar, dia bukan sahaja perlu mencontohi Siti Khadijah yang pemurah, pengasih, dan penyayang, namun dia perlu menjadi seperti Siti Khadijah yang menjadi tulang belakang kepada perjuangan suami tersayang. Yang menenangkan keresahan sang suami tatkala dakwahnya mengajak manusia kembali kepada islam ditolak oleh manusia-manusia itu, juga menjadi pendokong utama dan pembakar semangat kepada sang suami untuk menyampaikan dakwah kepada sekalian manusia. Inilah cita-citanya saat dia mengerti apa itu makna perjuangan.

sambung lagik.... otak kering idea

6 comments:

  Anonymous

25 October 2007 at 14:37

hurm... monolog panjang sgt la.. plot tak berkembang langsung. Takut nnt pembaca cepat bosan.

  nor dalila

25 October 2007 at 14:41

yang bosan biarkan mereka bosan... yang nak baca biar mereka teruskan...

  musaf

25 October 2007 at 16:17

wahh.. sedap ayat.. cilok mana? ..kui3. skdr pndpt. xsmestinye btol.

  nor dalila

25 October 2007 at 17:53

hehe cilok dari otak sendiri le ayat tu... pendapat anda kami hargai.

  musaf

26 October 2007 at 02:59

http://muhammadaimansalmi.blogspot.com/

1 of my friend yg minat sastera islami

  nor dalila

26 October 2007 at 03:26

sahabat anda yang itu masyaAllah sangat hebat penulisannya.bagus3...