tazkirah ringkas tentang doa

10 Sebab Doa Terhijab

“Wahai Ibrahim Adham, kami telah
berdoa kepada Allah, tetapi tidak
diperkenankanNya lagi. Beritahulah
kami apakah sebabnya?” Ibrahim Adham
menjawab, terhijabnya doa disebabkan
10 perkara..”

1) Kamu mengenali Allah tetapi
tidak menunaikan hakNya (perintahNya).

2) Kamu membaca al-Quran tetapi
tidak beramal dengannya.

3) Kamu mendakwa iblis itu musuh
kamu tetapi kamu menurut hasutannya.

4) Kamu mendakwa mencintai
Rasulullah tetapi kamu meninggalkan
amalan dan sunnahnya.

5) Kamu mendakwa mencintai syurga
tetapi kamu tidak beramal untuk
mendapatkannya.

6) Kamu mendakwa membenci neraka
tetapi kamu tidak meninggalkan
perbuatan dosa.

7) Kamu mendakwa mati itu benar
tetapi kamu tidak bersedia untuk
menghadapinya.

8) Kamu sibuk menceritakan
keaiban orang lain tetapi kamu lupa
keaiban diri sendiri.

9) Kamu makan rezeki Allah tapi
kamu tidak mensyukurinya.

10) Kamu mengebumikan jenazah
saudaramu tetapi kamu lupa mengambil
ikhtibar daripadanya.

nauzubillah... mohonlah doa dengan sebaiknya... moga dia menjawab segala permintaan kita insyaAllah

I asked for...

I asked for Strength………
And God gave me Difficulties to make me strong.
I asked for Wisdom………
And God gave me Problems to solve.
I asked for Prosperity………
And God gave me Brain and Brawn to work.
I asked for Courage………
And God gave me Danger to overcome.
I asked for Love………
And God gave me Troubled people to help.
I asked for Favours………
And God gave me Opportunities.

I received nothing I wanted
I received everything I needed
My Prayer has been answered


satu inspirasi... tiada penjara yg mampu menahan iman di dada

Ketua Parlimen Palestin Hafal Al-Quran di Penjara.
Contributed by gunxx on Wednesday, March 19 @ 17:33:04 MYT
Topic: Berita Semasa
Sumber: www.palestinkini.info


Rabu, 19/03/08 - Pusat Kajian "Ahrar" untuk Tahanan Palestin memaklumkan bahawa Dr. Aziz Dweik, Ketua Parlimen Palestin yang ditahan oleh pihak Zionis Israel telah menghafal Al-Quran secara tuntas dan jayanya. Beliau melakukan tasmi? (mendengarkan hafalan Al-Qur'an dihadapan seorang syeikh) secara sempurna dan bertajwid.

Dalam surat yang diterima oleh Ir. Wasfi Qobha, bekas Menteri Urusan Tahanan dan Menteri Sekretariat Negara sewaktu kerajaan campuran Palestin, pusat kajian tersebut menyebutkan bahawa Dr. Aziz Dweik, walaupun dalam keadaan sakit dan perlu mengikuti persidangan tahanan di penjara militan Zionis Israel.

Namun beliau mampu mengatur waktunya dengan baik, mulai dari menghafal Al-Quran, membaca buku, bersukan, memberikan ceramah dan berkhutbah serta menyampaikan seminar politik. "Tak ada istilah kosong dalam waktu beliau di penjara," demikian sebahagian daripada kandungan surat tersebut.

Note:
sumber : COMES
penterjemah : osman


p/s: kita pula bagaimana?



Peranan Muslimah dalam Merealisasikan Generasi Al-Quran

"Behind a great man, there must be a great woman"


Kata-kata ini menggambarkan betapa pentingnya peranan wanita dalam melahirkan dan membentuk manusia yang hebat. Bagi mereka yang telah berkahwin, peranan sebagai isteri perlu dilaksanakan sebaik mungkin dan seterusnya melahirkan generasi yang terbaik sebagai penyambung zuriat mereka.

Bagi yang belum berkahwin, terutamanya mahasisiwi Islam, adalah penting untuk mempersiapkan diri untuk manjadi wanita, malah seorang muslimah yang terbaik. Untuk menjadi isteri kepada seorang yang hebat pastinya kita tidak mengetahui siapa yang bakal berjodoh dengan kita, kerana jodoh pertemuan adalah dibawah pengetahuan Allah. Namun yang pasti, mereka mampu untuk menjadi seorang ibu yang hebat dengan mempersiapkan diri dengan segala bentuk kemahiran dan ilmu yang sepatutnya, sebagai persediaan untuk menjadi seorang ibu kepada seorang yang hebat.

Wanita merupakan salah satu daripada perhiasan ciptaan Allah SWT untuk manusia sebagaimana Allah berfirman:

زين للناس حب الشهوات من النسآء والبنين والقناطير المقنطرة من الذهب والفضة والخيل المسومة والأنعام والحرث ذلك مع الحيوة الدنيا والله عنده حسن المئاب
- آل-عمران: 14

"Dijadikan indah pada (pandangan) manusia kecintaan apa-apa yang diingini iaitu; wanita-wanita, anak-anak, harta yang banyak dari jenis emas, perak ,kuda pilihan, binatang-binatang ternakan dan sawah lading. Itulah kesenangan hidup di udnia dan disisis Allahlah tempat kembali yang baik( Syurga)." Al-Imran:14

Bagi orang-orang mukmin, mereka tidak menjadikan seluruh wanita itu sebagai perhiasan kehidupan duniawi mereka, sebaliknya wanita solehahlah yang menjadi idaman mereka kerana sebahagian hadis riwayat Muslim yang bermaksud: "Dunia adalah kenikmatan dan seindah-indah kenikmatan dan kesenangan adalah wanita solehah".

Sebelum dibicarakan tentang peranan kaum wanita dalam merealisasikan generasi Al-Quran terlebih dahulu marilah kita sama-sama mengetahui apakah yang dimaksudkan dengan Generasi Al-Quran.

Generasi Al-Quran ialah generasi yang telah dididik hati dan jiwa mereka dengan nur keislaman dan keimanan yang sebenarnya. Generasi ini telah pun dipimpin oleh pemimpin besar sendiri iaitu Nabi Muhammad SAW.

Sebenarnya generasi Al-Quran yang telah dibentuk oleh Rasulullah SAW sentiasa rakus untuk melakukan ibadah. Ibadah itu merupakan satu pengisytiharan mutlak sebagai hamba Allah SWT tanpa berkongsi dengan tuhan selain daripada Allah SWT. Mereka menjadikan malam hari sebagai waktu yang paling sesuai untuk beribadah kepada Allah SWT, bertemu, berbual, dan bermesra dengan Allah SWT pada waktu manusia lain sedang nyenyak tidur, mereka menangisi lantaran takut kepada Allah SWT. Menyesali atas kelalaian mereka. Mereka sujud di hadapan Allah, memuji Allah SWT serta ruku' dengan khusyu' dan rendah diri di hadapan yang menciptakan mereka.

Generasi Al-Quran bukanlah satu generasi yang hanya menhubungkan diri kepada Allah semata-mata dengan sentiasa berkhalwat di Mihrab Imamah tanpa menoleh kepada persekitaran yang penuh dengan kefasadan dan kemungkaran. Mereka juga adalah Qiadah Al-Jundiah yang tangkas mempertahankan Islam dan gigih menyebarkan Islam di samping menundukkan kuasa Jahiliyah yang bermaharajalela dimuka bumi. Dengan sebab itu mereka sentiasa direntangi dengan bermacam kezaliman, kekejaman, dan penyeksaan yang yang berhajatkan kepada jiwa yang sabar dan hati yang sentiasa dekat kpada Allah. Justeru itu, sedikit ruang masa perlu diperuntukan untuk memuji dan sujud kepada Allah SWT. Firman Allah SWT:

فاصبر على ما يقولون وسبح بحمد ربك قبل طلوع الشمس وقبل غروبها
– طه:130

"Maka bersabarlah kamu terhadap apa yang mereka katakana dan bertasbihlah sambl memuji Tuhanmu sebelum terbit matahari dan sebelum terbenamnya" .

Pengetahuan kita terhadap sejarah Islam sudah cukup untuk kita mengerti bahawa Generasi Al-Quran yang Rabbani ini bukan sahaja hanya sujud kepada Allah SWT di waktu tengah malam semata-mata, malah ia juga sujud kepada Allah SWT bilamana Allah menganugerahkan kepada mereka kenikmatan hidup. Hakikat ini dapat dibuktikan dengan satu peristiwa di mana Saad bin Waqqas telah pun mencapai kemenangan besar dalam sejarah Islam. Ia bersama tenteranya telah berjaya meleburkan kekuatan Kerajaan Parsi sehingga berjaya menerjah masuk ke gerbang Istana Raja Kisra. Apabila segala macam kekayaan berada di hadapan mereka, Saad bin Waqqas dengan penuh khusyu' terus sujud di hadapan Tuhan sebaik saja beliau masuk ke Istana Kisra. Lantas beliau membaca ayat Al-Quran :

كم تركوا من جنت وعيون* وزروع ومقام كريم* ونعمة كانوا فيها فاكهين* كذلك وأورثناها قوما آخرين* -الدخان:25-28

"Alangkah banyaknya taman dan mata air yang mereka tinggalkan dan kebun-kebun serta tempat-tempat yang indah dan kesenangan yang mereka nikmatinya. Demikianlah kami wariskan semuanya itu kepada kaum yang lain."

Inilah sikap generasi Al-Quran yang unik. Hidup dan matinya hanya untuk Allah SWT dan untuk beribadat kepada Allah SWT semata-mata. Firman Allah :


قل إن صلاتي ونسكي ومحياي ومماتي لله رب العالمين –الأنعام:162

"Sesungguhnya sembahyangku, ibadatkau, hidupku dan matiku hanyalah untuk Allah Tuhan Semesta Alam"- (Al-An'am:162)

Oleh yang demikian, untuk membentuk generasi Al-Quran pada zaman yang penuh mencabar ini, muslimah mempunyai peranan yang sangat penting dalam malahirkan dan merealisasikan generasi Al-Quran ini.

Antara peranan-peranannya ialah:

1) Peranan Muslimah sebagai Isteri
- Seorang isteri itu hendaklah sentiasa taat kepada suaminya selagimana suaminya tidak menyuruh ke arah kejahatan dan kemaksiatan di samping ia taat kepada Allah SWT dalam menjalankan segala suruhan Allah dan meninggalkan segala larangannya.
- Nilai ketaatan isteri kepada Allah diukur dari sejauh manakah ia dapat menunaikan kewajipan kepada suaminya.

2) Peranan Muslimah sebagai Ibu
- Peranan muslimah sebagai ibu ialah menyelamatkan generasi masa hadapan dari azab Allah SWT. Mereka hendaklah mendidik anak-anak ke arah menghayati Islam yang sebenarnya dan mengamalkan dalam kehidupan mereka. Membentuk diri-diri mereka dengan sifat-sifat yang dimiliki oleh Abu Bakar, Umar, Osman, ali dan lain-lain. Seterusnya, seorang ibu hendaklah menjadikan dirinya seorang ibu yang solehah seperti Asma' binti Abu Bakar, umpamanya memberi perangsang kepada anaknya ketika menghadapi jiad dengan kata-kata yang sungguh membangggakan:

"Matilah dalam keadaan yang mulia atau hidup sebagai seorang yang sihat…jangan kamu rela hidup dalam kehinaan, kerana mati itu suatu yang pasti."

3) Peranan muslimah sebagai Anggota Masyarakat
-Peranan muslimah sebagai anggota masyarakat ialah memikul tanggungjawab amaar ma'aruf dan nahi mungkar bersama-sama dengan kaum muslimin. Allah berfirman : yang maksudnya "Dan orang-orang yang beriman lelaki dan perempuan, sebahagian mereka (adalah) menjadi penolong kepada sebahagian yang lain. Mereka menyuruh mengerjakan yang ma'aruf, mencegah dari yang mungkar, mendirikan sembahyang, menunaikan zakat dan mereka taat kepada Allah dan Rasulnya. Mereka itu akan diberi rahmat oleh Allah .Sesungguhnya Allah Maha Perkasa lagi Maha Bijakssana."

Melengkapkan diri dengan thaqafah yang luas, kerana thaqafah sangat mempengaruhi tingkah laku manusia. Melalui thaqafah, manusia mampu berhujah dan mempunyai prinsip hidup. Oleh itu, thaqafah yang luas akan mampu melahirkan manusia mukmin yang redha memikul bebanan dan amanah allah.

Untuk mengembalikan semula cirri-ciri yang wujud pada generasi yang mulia iaitu generasi Al-Quran,kita mestilah melibatkan diri dan seterusnya menghayati pula dalam proses tarbiyah Islamiyah kerana melalui proses inilah, generasi tersebut akan dapat dikembalikan semula.

Tarbiyah Rabbaniah

Kita perlu bersegera melaksanakan proses tarbiyah secara menyeluruh dengan tujuan untuk melahirkan semula generasi baru dengan segala cirri-cirinya yang unggul. Generasi Al-Quran ini juga telah dirumuskan sebagai generasi Rabbani sebagaimana terungkap di dalam Al-Quran Surah Al-Imran :


ما كان لبشر أن يؤتيه الله الكتب والحكم والنبوة ثم يقول للناس كونوا عبادالي من دون الله ولكن كونوا ربنيين بما كنتم تعلمون الكتب وبما كنتم تدرسون



As-Syahid Sayyid Qutb menafsirkan kalimah Rabbaniah di dalam ayat tersebut ialah mereka yang menghubungkan diri kepada tuhan selaku hamba yang menyerahkan diri kepadaNya. Mereka mengambil segala skema tata hidup. Segalanya itu mereka lakukan dengan penuh keikhlasan dan ketulusan yang sepenuhnya dan seutuhnya kepada Allah SWT.

Melalui proses tarbiyah inilah, Allah SWT telah menampilkan peribadi Rabbani yang merupakan uswah dan qudwah iaitu Muhammad SAW. Peribadinya adalah merupakan manifestasi dan jelmaan dari segala nilai dan norma ajaran Al-Quran sebagaimana yang disebut oleh Aisyah r.a
كان خلقه القرآن
dan Rasulullah sendiri mengesahkan bahawa Tarbiyah Rabbaniahlah yang telah membentuk peribadinya sebagaimana yang telah disebut di dalam sebuah hadis:

ادبني ربي فأحسن تأديبي

Maksudnya: "Tuhanku telah mentarbiyah diriku dengan sebaik-baik pentarbiyahan" .

Asyyahid Sayyid Qutb telah merumuskan faktor pembinaan generasi seperti berikut :

1.Al-Quran sebagai sumber pembentukan yang satu-satunya. Natijah dari keaslian sumber ini ialah lahirnya generasi yang serba murrni hati, akal, tasawwur dan perasaan.

2. Membaca dan mempelajari Al-Quran dengan maksud untuk melaksanakan perintah Allah dengan serta merta sebaik sahaja didengar dan difahami.

3. Pengislaman yang sama sekali mengakhiri kejahilan silam dan memisahkan dari kejahilan sekitarnya.

Marhalah Tarbiyah

Mengikut perjalanan Sirah Nabawi, tarbiyah terbahagi kepada tiga peringkat:

Marhalah pertama :ialah kefahaman terhadap Islam menerusi pembacaan dan pengkajian ilmu yang mendekatkan diri kepada Allah SWT .Ini dapat dilihat dengan turunnya Surah Al-Alaq sebagai ayat yang pertama yang memerintahkan Rasulullah supaya membaca dengan nama Tuhannya,

Marhalkah kedua : ialah memperdalamkan iman didalam jiwa seseorang muslim sehingga ianya mempengaruhi tindak tanduk, perasaan, akal dan akhlak. Ini dpat dilihat dengan turunnya Surah Al-Muzzammil yang memerintahkan Rasulullah supaya melakukan Qiyamullail, bertujuan untuk menambah dan menguatkan lagi hubungan dengan Khaliq.

Marhalah ketiga : ialah amalan yang berterusan dengan melakukan perkara yang difardhukan dan disuburkan dengan perkara sunat atau nawafil.


Firman Allah swt
اتأمرون الناس بالبر وتنسون أنفكسم وأنتم تتلون الكتاب أفلا تعقلون

"Mengapa kamu menyuruh orang lain mengerjakan kebaikan sedangkan kamu melupai diri kamu sendiri".

Penekanan yang perlu ditumpukan dalam Proses Tarbiyah

1) Berkebolehan untuk memimpin, membimbing dan mentarbiyah ummah
2) Berkemampuan untuk meyampaikan dan mempertahankan fikrah Islam yang didokong oleh harakah Islamiyah.
3) Kritikal dan tidak menjadi pengikut semata-mata. Ini disebabkan apa yang dibawa di hadapan masyarakat akan disoal oleh Allah SWT. Firman Allah SWT;

ولا تقفو ما ليس لك به علم أن السمع والبصر والفؤاد كا أولئك كان عنه مسؤولا

"Dan janganlah kamu mengiuti apa yang tidak kamu mengetahui, sesungguhnya pendengaran, penglihatan dan hati semuanya akan diminta dipertanggungjawabk an".

4) Menghayati tuntutan-tuntutan amal jama'ie iaitu bekerja secara berjamaah bukan seorang diri.

Faktor Keberkesanan Tarbiyah:

1. Individu yang mahu mengislahkan dirinya lalu bermujahadah ke arah itu.
2. Mas'ul yang bertanggungjawab mendidik diri seseorang. Ia mestilah terlebih dahulu membina dirinya sebelum membaiki diri orang lain. Ia mesti mengambil berat masalah orang yang dididik dan hendaklah bersifat dengan sifat rahmah.

Firman Allah;
لقد جأكم رجل من أنفسكم عزيز عليه ما عنتم حريص عليكم بالمؤمنين رؤوف رحيم- التوبة:128

"Sesungguhnya telah datang kepadamu seorang rasul dari kalangan kamu sendiri berat terasa olehnya penderitaanmu, begitu mangambil berat ke atas kamu, amat belas kasihan lagi penyayang terhadap orang-orang mukmin".

3. Bai'ah yang baik yang dapat mempengaruhi pemikiran ,jiwa dan tindak tanduk seseorang.
4. Penglibatan adalah penting kerana tidak ada gunanya kita berteori atau bercita-cita untuk menjadi insan yang Rabbani tidak berusaha ke arah itu.
5. Mestilah mempunyai nizam yang rapi dengan programnya yang teratur dan menyusun perkara yang boleh membawa peningkatan iman, fikrah dan amal perbuatan. Di sinillah, perlunya kita menggabungkan diri dalam Jamaah.

Sebagai kesimpulannya, persediaan bagi para mahasiswi Islam sebenarnya bermula dari sekarang. Persiapkan diri dengan segala ilmu dan kemahiran yang sepatutnya. Generasi Al-Quran mampu direalisasikan sekiranya mereka bersedia untuk menjadi ibu kepada seorang yang hebat dan cemerlang didunia dan diakhirat. Namun yang pasti , diri mereka perlu diperbaiki dan diadun mengikut acuan Al-Quran terlebih dahulu sebelum membentuk peribadi orang lain. Wallahua'lam.