di sebalik ria wajah mama...

Alhamdulillah, dengan izin yang Maha Esa, abang saya selamat diijab-kabulkan petang semalam. mendengar riuh rendah suasana menyediakan kelengkapan sebelum majlis membuatkan saya terasa-rasa akan suasana riang gembira di rumah. hati ini melonjak-lonjak ingin pulang ke pangkuan keluarga tercinta. bertemu mata dengan sanak saudara di samping bertukar khabar berita adalah perkara yang saya paling suka lakukan. terbayang-bayang kemesraan yang hadir menghiasi tatkala duduk bersama.

Dalam gembira suasana menyambut ahli keluarga baru, terdetik di hati saya yang hati mama pasti ada terselit duka. duka yang mungkin barangkali hanya dapat dimengerti oleh anak-anaknya. mama mengkhabarkan di dalam talian kepada saya yang dapat hadir sama merasakan debaran pengantin hanyalah saudara terdekat sebelah ayah sahaja. atuk dan nenek bersama-sama saudara pihak mama tidak dapat hadir bersama memeriahkan suasana. atuk masih terlantar di hospital. masakan bisa ia dapat menyertai keramaian itu. jarak perjalanan perak-kedah bukannya sebarang dekat. kurang-kurang mahu juga 3 jam perjalanan. ini pun anggaran perjalanan seperngalaman saya dipandu abah balik kampung dengan kelajuan 150 km/j atau lebih. tambahan pula kaki atuk tidak tahan perjalanan jauh. akan lenguh-lenguh dan menggangu perjalanan darah di kakinya yang sekian lama membengkak itu.

terkenang saya ketika peristiwa abah dilanda kemalangan jalan raya sekitar 3 tahun lepas. dengan kecederaan yang agak parah menuntut abah untuk lama di hospital. mamalah yang siang malam menjaga abah, ke sana ke mari dari makmalnya ke wad abah. jarak makmal mama ke wad abah tidaklah sedekat mana walaupun dalam satu kawasan kompleks hospital. tidur mama tidak menentu. kakinya lenguh-lenguh akibat ke sana ke mari tiada henti. rumah tiada siapa yang mengurus memandangkan saya dan adik berada di asrama ketika itu. segalanya menjadi kelam kabut ketika itu. kasihan mama.

setelah lebih kurang hampir sebulan setengah abah terlantar di hospital, barulah saya berkesempatan pulang ke rumah. namun, ini bukan pertama kali saya akan bertemu abah sejak abah dilanda kemalangan kerana saya pernah dibawa ibu saudara saya bertemu dengan abah ketika rawatan matanya yang cedera akibat kemalangan di hospital selayang. sayu hati tatkala tiba di lapangan terbang alor setar bila memikirkan tiada siapa yang bakal menyambut saya kerana semua ahli keluarga pasti sibuk dengan abah di hospital. melihatkan sahabat-sahabat saya disambut dengan tawa riang dan hangat pelukan keluarga hampir membuatkan air mata saya menitis di kala itu. namun, hati ini saya kuatkan.

di celah-celah keramaian manusia, telinga saya sempat menangkap jeritan riang kanak-kanak memanggi-manggil nama saya. gembira bukan kepalang saya melihat sepupu-sepupu yang masih kecil bersama dengan pakcik yang merupakan adik bongsu ayah datang mengambil saya di airport. sekurang-kurangnya ada juga pengubat rawan di hati. segera saya sembunyikan kesedihan yang bertandang sebentar tadi. sebelum pulang ke rumah, saya dibawa berjumpa abah walaupun ketika itu di luar waktu melawat. nasib menyebelahi kerana mama saya adalah kakitangan hospital. akan tetapi, saya tidak banyak bercakap ketika bertemu abah. sebak menghiasi dada melihatkan abah yang selama ini sihat dan aktif terlantar di ruang hospital walaupun abah cuba menceriakan suasana menyambut kepulangan saya. sempat saya menghadiahkan abah senaskah buku sirah nabawiyah kepada abah sebelum pulang sebagai pengisi masa lapangnya di hospital.

hampir separuh dari dua minggu cuti penggal saya habiskan dengan menjaga abah di hospital. saya hanya menjaga abah waktu siang memandangkan mama bekerja ketika itu dan sejurus tamat sahaja waktu kerjanya, mama kan pasti datang menjaga abah. itulah rutin harian mama. saya dapat merasakan keletihan mama. melihat wajahnya sahaja sudah membuatkan saya seperti hendak menggalas bersama beban yang mama tanggung.

suatu malam, ketika giliran abang saya yang menjaga abah di hospital, saya dan mama tinggal di rumah bersama-sama sepupu-sepupu yang menyambut saya di airport tempoh hari. ketika saya sibuk menguruskan makan malam di dapur, telefon di ruang tamu tiba-tiba berdering, dan diangkat oleh sepupu saya yang ketika itu sedang menonton tv. katanya panggilan dari kampung yang ingin bercakap dengan mama. saya meminta sepupu saya itu memanggil mama sendiri di biliknya memandangkan saya sedang sibuk ketika itu. seketika kemudian, sepupu saya itu datang semula kepada saya meminta saya menjawab panggilan kerana mama tidak keluar bilik walaupun telah dipanggil berkali-kali. suara atuk menghiasi ruang telefon tatkala saya mengucapkan salam. atuk memberitakan keadaannya yang ditahan di hospital dan meminta saya maklumkan hal itu kepada mama. selesai mengucapkan salam menutup bicara, saya bergegas menemui mama di biliknya. namun, bilik mama gelap. hanya cahaya suram dari tv yang terpasang menghiasi kamar itu. terpempan saya seketika mendengar mama teresak-esak....

sungguh inilah pertama kali saya melihat mama menangis setelah saya menginjak remaja. tangis mama bukan tangis yang dibuat-buat. tangisnya begitu hiba dan sayu. luluh hati saya mendengarnya walaupun saya tidak mengetahui butir bicara mengapa mama menitiskan air mata. perlahan-lahan saya memeluk tubuh mama. mendakap mama penuh kasih sayang. perlahan-lahan saya khabarkan pada mama perihal atuk sebentar tadi. tangisan mama semakin tak tertahan-tahan. panik saya dibuatnya. pelukan saya semakin erat untuk meredakan ketegangan yang melanda.


"ila, mama dah tak sanggup tanggung semua ni. sudahlah abah sakit, atuk pulak masuk hospital. mana mama mampu tanggung semua ni. mama dah tak larat. kaki mama pula sakit, ila." keluh mama bersama tangisannya. air mata saya menderu laju. seolah-olah terbayang di wajah saya akan tanggungjawab mama ketika itu sebagai isteri kepada suami yang terlantar di hospital dan juga tanggungjawabnya sebagai anak kepada bapa yang sakit.

saya mencari kekuatan dalam diri untuk meluahkan kata-kata penyejuk hati mama. teringat pesan seorang sahabat ketika saya meluahkan rasa sewaktu awal-awal mengetahui abah dilanda kemalangan. dengan tangis hiba, saya juga meluahkan perkara yang sama terhadap sahabat itu, tentang ketidak mampuan saya dengan ujian seberat ini. alhamdulillah, sahabat saya itu meniupkan semangat saya kembali dengan ayat-ayat Allah. sungguh terkesan oleh saya bila Allah berfirman bahawa Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya (Al-Baqarah: 286). kerana Allah tahu saya mampu menghadapi ujian seberat inilah Allah turunkan ujian ini kepada saya.

ayat ini juga yang saya tuturkan untuk mama. saya kuatkan kembali semangat, menanamkan keyakinan kepada mama segalanya akan pulih seperti sedia kala dan memintanya bersabar menghadapi ujian ini serta berjanji akan sentiasa mama di saat susah dan senang mama. saya minta mama doakan yang terbaik untuk abah dan juga atuk, minta agar segala urusan keluarga kami Allah permudahkan. malam itu, walaupun penuh dengan tangisan, namun saya rasa bahagia berada dalam pelukan mama, bersama-sama berkongsi rasa anak dan mama. dalam hati saya diam-diam berdoa yang baik-baik untuk keluarga kami.

peristiwa abah ditimpa kemalangan banyak mengajar keluarga saya erti ketabahan, kecekalan dan kematangan dan pengorbanan. abang, yang saya kenali dengan sikapnya yang masih belum bersedia memikul tanggung jawab menunjukkan perubahan yang amat membanggakan kepada sesiapa yang mengenalinya. abang memikul amanah ketua keluarga sepanjang ayah di hospital. abang juga lah yang menggantikan tugas abah sementara sebagai penggerak nursery keluarga. abang banyak belajar, membina kematangan seterusnya meningkatkan kemampuannya untuk menguruskan nursery keluarga di saat umurnya baru menjejak 22 tahun.

setinggi-tinggi kesyukuran saya panjatkan kepada Allah yang Maha Penyayang kerana mengurniakan ujian yang sebenarnya menghadiahkan seribu satu kemanisan kepada keluarga saya saat ini. ujian yang mematangkan dan yang membuatkan kami banyak belajar darinya. dari peristiwa itu, saya tekad mahu jadi setabah dan secekal mama, wanita yang akan saya kagumi dan menjadi contoh kepada saya bagaimana mengharungi kehidupan berumah tangga kelak.

hari ini, dengan rahmatNya, abah sudah kembali sihat seperti sedia kala dan semakin giat mengusahakan perniagaannya. mama pula sentiasa di sisi abah memastikan perniagaan keluarga berjalan lancar. begitu juga abang, antara tenaga utama dalam perniagaan keluarga. abang juga saya doakan agar bahagia bersama rumah tangga yang dibinanya itu. saya juga doakan abah dan mama gembira dengan menantunya. sentiasa saya titipkan dalam doa seusai solat agar abang, saya dan adik akan menjadi anak-anak yang soleh buat mama dan abah.

kala ini, saya hanya menanti hari untuk pulang menemui wajah-wajah kesayangan saya itu. saya mohon agar Allah akan terus melebarkan rahmat dan kasih sayangnya kepada keluarga saya. insyaAllah, dengan rahmatNya juga akan saya berusaha agar mereka memahami ajaran deen ini. ameen


pengenalan gambar: dari kiri - nana (adik), yop (abang), atuk, opah, saya, mama, dan abah.

bila diri merindui pelukan dan belaian tangan tua itu...

bismillahirrahmanirrahim...
alhamdulillah, hari ni saya telah berjaya menghabiskan paper quantum physics saya yang sesungguhnya hampir 'membunuh' kebanyakan pelajar. apa yang telah saya coretkan di atas kertas jawapan di dalam dewan siang tadi itulah semampu kudrat saya memahami teori2 quantum yang saya kira menyerabutkan kepala saya.

malam sebelum peperiksaan, saya dan aisyah berkira-kira untuk tidur 10 jam setelah tamat kertas quantum kami memandangkan kami hanya tidur kurang 3 jam malam itu. namun, keluar sahaja dari dewan, saya sudah merancang sesuatu yang lain dari perancangan awal. serupa dengan aisyah yang turut membatalkan rancangan tidur kami walhal tirai yang unpenetrate cahaya telah dia pasang seawal jam 5 pagi tadi akibat tidak tahan silauan matahari yang sudah mula memancarkan cahayanya seusai subuh.

saya berkira-kira sama ada mahu ke bandar atau ke beeston-membawa basikal saya untuk service. kasihan basikal saya itu, tayarnya saya kira sudah tidak sekeras awal dahulu. seperti jasad manusia yang memerlukan makanan, itu juga yang perlu saya tunaikan kepada tayar basikal itu. ia perlu diisikan dengan angin untuk melancarkan penunggangan. namun, di saat-saat matahari tegak 90 darjah di atas kepala, tidak sanggup rasanya untuk saya mengayuh jauh ke beeston-yang akhirnya membawa saya ke pusat bandar.

sudah lama saya kira tidak menaiki bas-sejak adanya basikal itu barangkali. ke-sana ke-sini semunya dengan basikal. namun, jarak perjalanan bandar dengan university tidak mengizinkan saya berbasikal. untuk ke bandar, tidak lama saya perlu menunggu bas. dalam masa 5 minit sahaja, saya sudahpun siap membayar tambang kepada pakcik pemandu bas yang sentiasa tersenyum mesra dan tidak lupa mengucapkan 'thank you love' sebaik sahaja menerima wang dari saya. selesai membayar tambang, mata saya melilau-lilau mencari tempat kosong, yang akhirnya ketemui-di sisi seorang nenek yang usianya barangkali mencecah 60-an.

mata saya tidak tertumpu pada perjalanan, namun lebih tertumpu pada penumpang-penumpang lain yang rata-ratanya warga emas-seperti ada rombongan khas mereka ke bandar tengah hari itu. melihat raut wajah-wajah tua, yang terkadang sayu itu membuatkan saya merindukan kasih dan belaian dari warga-warga itu. mahu sahaja saya dakap nenek di sebelah saya, namun khuatir dikatakan gila, saya membatalkan hasrat. butir-butir mutiara hampir berguguran bila mengenangkan kasih sayang dan belaian insan-insan seusia itu untuk membesarkan saya. terasa damai berada dalam pelukan kasih mereka. cukup menenangkan.

teringat akan saya lewat perbualan di telefon bersama nenda saya di kampung pagi sejam sebelum peperiksaan saya bermula-meminta dia mendoakan saya. terbayang-bayang kemesraannya. ahhh-saya sudah teramat rindu padanya. tidak sabar untuk saya pulang ke tanah air untuk mencium dan mendakap tubuh kecil nenda saya seerat mungkin dan sepuas hati. tubuh kecil itulah yang menjaga saya sewaktu kecil bilamana ibu bapa saya pergi menunaikan haji. bersama nenda lah saya menghabiskan hampir setiap kali cuti sekolah rendah saya dengan gembira. tangan nenda lah yang menjahitkan baju kurung, sarung bantal dan apa sahaja yang saya ingini ketika kecil. dialah nenda yang amat saya kasihi seluruh jiwa saya.

namun, semakin saya meningkat remaja, semakin tegar untuk saya mengikut ibu pulang ke kampung. berbagai alasan saya lontarkan terutama sibuk belajar dan letih di asrama. seolah-olah ketika itu saya hampir lupa segala kenangan manis di kampung. ibu masih bersabar denga keletah saya, sehingga di suatu hari ibu mengingatkan saya, tanpa datuk dan nenek saya itu, tidak mungkin akan ada saya di dunia ini. agak keras peringatan itu saya kira, namun cuma bisa mencairkan hati untuk saya pulang ke kampung, namun tidak untuk semesra dahulu bersama nenda. ketika itu, mungkin hati masih dalam usia memberontak-hanya memeluk nenda sebagai syarat-seperti kebiasaan, bukan kerana aliran kasih sayang yang menjalar dalam diri.

sewaktu ingin meninggalkan bumi malaysia lebih kurang hampir dua tahun lepas, ibu saya ada mengingatkan tentang ajal yang bila-bila sahaja pasti kan menjemput manusia. namun, ketika itu saya bagaikan tidak tersentuh bila memikirkan bahawa saya tidak kan ketemu datuk dan nenek saya andai Allah mentakdirkan ajal mereka telah sampai disebabkan jarak yang jauh uk-malaysia. namun, kuasa Allah, bila sahaja jauh di perantaun, baru saya terasa penangan kasih sayang mereka. sungguh terkesan apabila terpandangkan pemandangan yang mendamaikan-hubungan mesra nenek dan cucunya di taman-taman permainan. sungguh hati ini cemburu untuk menikmati kembali saat-saat itu.

dengan dua minggu yang saya ada di malaysia cuti musim panas nanti, dengan izin Allah, saya berharap untuk menghabiskan lebih banyak masa bersama datuk dan nenek saya. akan saya pinta ibu bapa saya mengambil mereka di perak untuk tinggal bersama kami di kedah sementara cuti saya. saya tidak mahu mensia-siakan kasih sayang mereka di saat umur mereka sudah lanjut. saya mahu abadikan kasih sayang saya kepada nenda sebelum matanya rapat terpejam sepertimana saya mengabadikannya semasa saya masih anak-anak. biarlah kasih ini terzahirkan sebelum segalanya masih belum terlewat...

Ya Allah, izinkanlah aku mengabadikan kasih sayang ini sebelum mereka pergi menghadapMu...ameen

bila diri rasa ......

bismillahirrahmanirrahim

lama saya tak menulis. yang terbaru pon saya copy paste dari tulisan sahabat saya.
hmm...lama tak menulis membuatkan saya lupa banyak benda...
benda yang sepatutnya saya ingat... terlalu banyak...
terasa hati ini terlalu keras untuk mengingat benda yang tak sepatutnya saya lupa itu.
mungkin saya terlalu disibukkan dengan urusan dunia-musim exam.
banyak bersendiri di perpustakaan, di dalam bilik, tidak banyak bergaul dengan sahabat2 yang selalu mengingatkan saya membuatkan saya leka seketika.
sedih dengan diri sendiri...
saya perlukan sokongan sahabat2 saya ketika ini.
mungkin luaran nampak saya gembira, ceria dll, tapi perasaan ingin meluahkan kepada seseorang sentiasa ada...
kalau ada apa-apa yang nampak tak kena dengan saya, saya nak sahabat2 saya tegur saya dan tanyakan saya apa punca saya begini.
bukan hanya memendam, membiarkan saya sedar sendiri saya ada salah atau tulis dalam blog dll.
jika begitu, sampai bila saya tidak tahu. macam mana saya nak ubah
mungkin sahabat2 saya pun sibuk dengan study mereka, tak apalah...
tapi, saya tidak mahu terus hanyut sendirian.
saya memerlukan tangan2 kawan saya bersama saya, untuk memperbaiki peribadi saya.
saya amat-amat berharap akan itu....
amat-amat berharap...
amat-amat
amat
.

-dedikasi buat guru-guru dan rakan-rakan bakal pendidik-

Ditulis oleh seseorang yang saya amat kagumi... =)


Diinsafi bahawa penciptaan langit dan bumi dan sekalian alam semesta menunjukkan tanda-tanda kebesaran dan keagungan dan kebibijaksanaan Penciptanya.

Diciptakan manusia sebagai sebaik-baik makhluk ciptaan yang dikurniakan keupayaan gerak daya berfikir dan mengenal Penciptanya menerusi pengamatan terhadap ciptaan-ciptaan dan pengamatan terhadap hakikat dirinya sendiri di samping bimbingan Pencipta menerusi wahyuNya yang benar. Pengenalan dan pengiktirafan akan hakikat diri insan, hubungannya dengan Pencipta dan peranannya di samudera semesta inilah yang mengangkat darjat seseorang daripada yang terhina antara yang hina ke makam asalnya yang tinggi sebaik-baik makhluk.

Inilah makna dan matlamat pendidikan. Pendidikan membawa diri kepada kebenaran. Pendidikan mengenalkan diri dengan ilmu dan hakikat. Pendidikan ialah pengenalan dan pengiktirafan diri kepada kedudukan-kedudukan yang benar dalam susunan penciptaan yang zahir mahupun yang tidak zahir. Pendidikan mengenalkan dirinya kepada dirinya dan kedudukan dan sifat yang benar untuk dirinya. Pendidikan membawa kepada pengenalan dan pengiktirafan kedudukan yang benar akan Tuhannya dalam aturan kejadian-kejadian dan kewujudan-kewujudan . Pendidikan mengenalkan diri kepada Yang empunya diri. (Rujukan: The Concept of Education in Islam, Syed Muhammad Naquib Al-Attas)

Diri yang terdidik ialah diri yang mampu mengenalpasti dan membezakan antara yang benar dan yang batil. Diri yang terdidik ialah diri yang kenal dan akur akan matlamat hidup dan wujudnya. Diri yang terdidik ialah diri yang sempurna kefahamannya terhadap ilmu-ilmu dan sempura pula akhlak dan peribadinya. Diri-diri yang terdidik membentuk masyarakat yang mengenali dan melaksanakan peranan dan tanggungjawab yang seterusnya membetuk satu tamadun unggul yang akhirnya dijelmakan dalam bentuk khazanah keilmuan dan kebudayaan dan kesenian, lantas mencerminkan suatu bentuk keindahan murni yang juga membayangkan
hakikat keindahan dan kehalusan Yang Maha Agung.

Sebagaimana luas dan dalamnya erti pendidikan itu maka besar dan berat pulalah tanggungjawab para pendidik dalam mendidik diri-diri menjadi insan-insan yang sempurna akal-budinya. Bukanlah peranan pendidik itu menanam dogma, tetapi melentur dan membentuk dengan hikmah. Bukan keras meminta diikuti, tetapi lembut dan tegas merangsang fikiran. Bukan menyumbat ke kerongkong untuk dimuntahkan semula, tetapi mengenalkan dan memberi ruang. Dan bukan pula membiarkan pemikiran liar egois, tetapi menunjukkan jalan kepada fitrah dan adab-adab dalam menerima dan mempersoal.

Demikianlah besarnya peranan pendidik dalam masyarakat. Maka layaklah pengiktirafan dan penghargaan tinggi diberikan kepada warga pendidik yang bekerja berpenat-lelah tanpa mengenal jemu dalam usaha membina masyarakat dan tamadun. Ikhlaskanlah diri dalam mendidik dan menerima didikan kerana perjalanan menuju kebenaran bermula dengan jiwa yang ikhlas.

akhiku

Assalamualaikum wa rahmatullahi wa barakatuh.

Ba'da tahmid dan sholawat...

Akhi,
Syukur pada Allah yang masih mengurniakan nafas padaku dan padamu untuk segera memperbaharui taubat.


Akhi,
Rasanya aku telah menemukan Kekasih yang jauh lebih baik daripadamu. Yang Tak Pernah Mengantuk dan Tak Pernah Tidur. Yang siap terus menerus Memperhatikan dan Mengurusku. Yang selalu bersedia berduaan di sepertiga terakhir malam. Yang siap Memberi apapun yang kupinta. Dia yang Bertakhta, Berkuasa dan Memiliki Segalanya.

Maaf ya akhi,
Tapi menurutku kau bukan apa-apa dibanding Dia. Kau sangat lemah, kecil dan kerdil di hadapannya. Dia berbuat apa saja sekehendakNya kepadamu. Dan, akhi, aku khuatir apa yang telah kita lakukan selama ini membuatNya cemburu. Aku takut, hubungan kita selama ini membuatNya murka. Padahal Dia Maha Kuat, Maha Gagah, Maha Perkasa, Maha Keras SiksaNya.

Akhi,
Belum terlambat untuk bertaubat. Apa yang telah kita lakukan selama ini pasti akan ditanyakan OlehNya. Dia bisa marah, akhi. Marah tentang saling pandang yang pernah kita lakukan, marah kerana setitik sentuhan kulit kita yang belum halal itu, marah kerana aku sering berduaan denganmu tanpa memikirkan batas-pergaulan yang seharusnya dijaga antara kita, marah kerana ketetapanNya kuadukan padamu atau tentang lamunanku yang selalu membayangkan wajahmu. Dia bisa marah, akhi. Tapi sekali lagi semua belum terlambat kalau kita memutuskan hubungan ini sekarang. Semoga Dia mahu Memaafkan dan Mengampuni.

Akhi,
Dia Maha Pengampun, Maha Pemberi Maaf, Maha Menerima Taubat, Maha Penyayang, Maha Bijaksana.

Akhi,
Jangan marah ya. Aku sudah memutuskan untuk menyerahkan cintaku padaNya, tidak pada selainNya. Tapi tak cuma aku, akhi. Kau pun boleh menjadi kekasihNya, kekasih yang amat dicintai dan dimuliakan. Caranya satu, kita harus jauhi semua larangan-laranganNy a termasuk dalam soal hubungan kita ini. InsyaAllah, Dia punya rencana yang indah untuk masa depan kita masing-masing. Kalau engkau selalu berusaha menjaga diri daripada hal-hal yang dibenciNya, kau pasti akan dipertemukan dengan seorang wanita solehah. Ya, wanita solehah yang pasti lebih baik daripada diriku saat ini. Dia yang akan membantumu menjaga agamamu, agar hidupmu senantiasa dalam kerangka mencari redha Allah dalam ikatan pernikahan yang suci. Inilah doaku untukmu, semoga kau pun mendoakanku, akhi.

Akhi,
Aku akan segera menghapuskan namamu dari memori masa lalu yang salah arah ini. Tapi aku akan tetap menghormatimu sebagai saudara di jalan Allah. Ya, saudara di jalan Allah, akhi. Itulah ikatan terbaik. Tak hanya antara kita berdua, tapi seluruh orang mukmin di dunia. Tak mustahil itulah yang akan mempertemukan kita dengan Rasulullah di telaganya, lalu baginda pun memberi minum kita dengan air yang lebih manis daripada madu, lebih lembut daripada susu, dan lebih sejuk daripada krim beku.

Maaf, akhi.
Tak baik rasanya aku berlama-lama menulis surat ini. Aku takuk merosak hati. Goresan pena terakhirku di surat ini adalah doa keselamatan dunia akhirat sekaligus tanda akhir hubungan haram kita, insyaAllah.

Petikan buku : NIKMATNYA PACARAN SETELAH PERNIKAHAN (Salim a. Fillah)

berhati-hati di jalan yang tiada kereta

hari ini masuklah hari ke4 saya eksiden-jatuh basikal. kata sahabat saya aisyah, budak-budak kecik je yang jatuh-jatuh basikal ni. seorang lagi sahabat saya berkata bukankah basikal tu dah rendah ke? sebab purposely saya beli basikal rendah supaya dapat tahan kaki saya bila nak jatuh dari basikal. tapi walau serendah mana pun basikal itu, jika Allah dah takdirkan untuk saya jatuh pada sekian-sekian tarikh, sekian-sekian waktu, maka jatuhlah jugak.

bila saya ingin keluar rumah menaiki basikal, pasti ada yang berpesan agar saya berhati-hati. di kepala ini membayangkan kebarangkalian kemalangan di jalan yang sesak. namun, tak pernah terfikirkan saya akan jatuh di tempat yang sunyi, tiada kereta yang bergerak laju di sana sini bersama bingit ekzos jerit pekik manusia. kasihan basikal saya yang ketika itu baru bersama saya satu hari. sudah calar balar di sana sini akibat terjatuh bersama saya dua kali dalam sehari. jatuh kali pertama alhamdulillah tiada apa yang cedera, namun jatuhan kedua cukup menyakitkan saya hingga tidak mampu berdiri. saya bilang lutut saya tidak luka kerana seluar saya tidak koyak mahupun sedikit. rasa sakit menyucuk-nyucuk lutut saya. sudah lama kesakitan itu tidak saya rasakan. kali terakhir barangkali semasa saya dalam darjah 5, juga terjatuh basikal akibat melepaskan tangan dari handle ketika menunggang. saya suka aksi itu walaupun agak merbahaya. (siang tadi saya ada cuba melakukannya lagi)-gilap balik skil.

saya keliru pada awal jatuhan. bagaimana boleh jatuh? serasa saya, saya sudah pun menahan kaki ini di tanah, namun terjatuh juga. saya cuba untuk bangun, tetapi gagal pada kali yang pertama kerana kesakitan yang amat pada lutut kanan saya yang terhentak pada bahu jalan. butir-butir mutiara hampir keluar dari kolam mata saya ketika menahan kesakitan. masakan saya dapat mengayuh basikal pulang ke rumah dengan keadaan sebegini. terpaksa meminta bantuan dari sahabat saya yang bertugas sebagai pemandu kereta kami bersama. malangnya, dia dalam perjalanannya ke kampusnya. hampir berputus asa saya ketika itu, namun dengan saki baki tenaga melawan kesakitan, saya putuskan untuk singgah di rumah sahabat saya yang terdekat sebelum meneruskan perjalanan. ketika di rumahnya barulah saya sedar, luka di kaki saya berkadar langsung dengan kesakitan yang dirasai. terasa sengal otot lutut kanan disertai lebam dan luka. sukar untuk saya membengkokkan sebelah kaki. alhamdulillah maryam dan aisyah membantu saya menguruskan luka kecil tersebut.

keputusan untuk meneruskan perjalanan saya batalkan. saya bermastautin di rumah aisyah sebentar, menikmati bihun yang enak di rumah yati dan kemudian memaksa kaki saya bekerja untuk meneruskan perjalanan. mengingatkan pengorbanan Rasulullah dan sahabat di medan perang membuatkan saya tidak mahu memanjakan kaki saya. inilah namanya cabaran. panjang lagi waktu untuk saya bersama 'bubble'-nama basikal saya. pasti lebih banyak siri-siri jatuhan yang akan saya hadapi dan saya kena kuat hadapinya.

bila terjadinya eksident sebegini, sempat saya bergurau bersama aisyah tentang 'lesen' basikal saya. kalaulah benar wujud lesen itu, bermakna saya fail untuk ujian bukit dan u-turn kerana antara faktor saya jatuh adalah kerana keduanya itu. nampak sahaja bukit di depan mata, terus saya patah semangat. apa boleh buat, nottingham sememangnya penuh dengan kawasan yang tinggi. saya juga sering tidak berkeyakinan diri pabila ingin membuat pusingan-u, teragak-agak sama ada untuk turun heret basikal atau pusing sahaja dari atas basikal. akibatnya, menyebah bumi lah diri ini. pengajaran paling besar yang saya dapat bila menunggang basikal atau apa jua kenderaan, adalah perlunya ada keyakinan diri yang tinggi. jika itu tiada, baiklah simpan sahaja kenderaan itu di garaj. huhu

~hari-hari saya semakin indah bersama bubble yang setia bersama saya ke sana ke mari.~

tentang hak

Onta Itu Mengadu Kepada Rasulullah

Oleh: Mochamad Bugi
E-Mail This Post/Page Print This Post/Page

Suatu hari untuk suatu tujuan Rasulullah keluar rumah dengan menunggangi untanya. Abdullah bin Ja’far ikut membonceng di belakang. Ketika mereka sampai di pagar salah salah seorang kalangan Anshar, tiba-tiba terdengar lenguhan seekor unta.

Unta itu menjulurkan lehernya ke arah Rasulullah saw. Ia merintih. Air matanya jatuh berderai. Rasulullah saw. mendatanginya. Beliau mengusap belakang telinga unta itu. Unta itu pun tenang. Diam.

Kemudian dengan wajah penuh kemarahan, Rasulullah saw. bertanya, “Siapakah pemilik unta ini, siapakah pemilik unta ini?”

Pemiliknya pun bergegas datang. Ternyata, ia seorang pemuda Anshar.

“Itu adalah milikku, ya Rasulullah,” katanya.

Rasulullah saw. berkata, “Tidakkah engkau takut kepada Allah karena unta yang Allah peruntukkan kepadamu ini? Ketahuilah, ia telah mengadukan nasibnya kepadaku, bahwa engkau membuatnya kelaparan dan kelelahan.”

Subhanallah! Unta itu ternyata mengadu kepada Rasulullah saw. bahwa tuannya tidak memberinya makan yang cukup sementara tenaganya diperas habis dengan pekerjaan yang sangat berat. Kisah ini bersumber dari hadits nomor 2186 yang diriwayatkan Abu Dawud dalam Kitab Jihad.

Bagaimana jika yang mengadu adalah seorang pekerja yang gajinya tidak dibayar sehingga tidak bisa membeli makanan untuk keluarganya, sementara tenaganya sudah habis dipakai oleh orang yang mempekerjakannya? Pasti Rasulullah saw. lebih murka lagi.

Di kali yang lain, Abdullah bin Umar menceritakan bahwa Rasulullah saw. pernah bersabda, “Seorang wanita disiksa karena menahan seekor kucing sehingga membuatnya mati kelaparan, wanita itupun masuk neraka.” Kemudian Allah berfirman –Allah Mahatahu—kepadanya, “Kamu tidak memberinya makan, tidak juga memberinya minum saat ia kamu pelihara; juga engkau tidak membiarkannya pergi agar ia dapat mencari makanan sendiri dari bumi ini.” (HR. Bukhari, kitab Masafah, hadits nomor 2192).

Yang ini cerita Amir Ar-Raam. Ia dan beberapa sahabat sedang bersama Rasulullah saw. “Tiba-tiba seorang lelaki mendatangi kami,” kata Amir Ar-Raam. Lelaki itu dengan kain di atas kepadanya dan di tangannya terdapat sesuatu yang ia genggam.

Lelaki itu berkata, “Ya Rasulullah, saya segera mendatangimu saat melihatmu. Ketika berjalan di bawah pepohonan yang rimbun, saya mendengar kicauan anak burung, saya segera mengambilnya dan meletakkannya di dalam pakaianku. Tiba-tiba induknya datang dan segera terbang berputar di atas kepalaku. Saya lalu menyingkap kain yang menutupi anak-anak burung itu, induknya segera mendatangi anak-anaknya di dalam pakaianku, sehingga mereka sekarang ada bersamaku.”

Rasulullah saw. berkata kepada lekaki itu, “Letakkan mereka.”

Kemudian anak-anak burung itu diletakan. Namun, induknya enggan meninggalkan anak-anaknya dan tetap menemani mereka.

“Apakah kalian heran menyaksikan kasih sayang induk burung itu terhadap anak-anaknya?” tanya Rasulullah saw. kepada para sahabat yang ada waktu itu.

“Benar, ya Rasulullah,” jawab para sahabat.

“Ketahuilah,” kata Rasulullah saw. “Demi Dzat yang mengutusku dengan kebenaran, sesungguhnya Allah lebih penyayang terhadap hamba-hamba-Nya melebihi induk burung itu kepada anak-anaknya.”

“Kembalikanlah burung-burung itu ke tempat di mana engkau menemukannya, bersama dengan induknya,” perintah Rasulullah. Lelaki yang menemukan burung itupun segera mengembalikan burung-burung itu ke tempat semula.

Begitulah Akhlak terhadap haiwan yang diajarkan Rasulullah saw. Bahkan, membunuh haiwan tanpa alasan yang hak, Rasulullah menggolongkan suatu kezaliman. Khabar ini datang dari Abdullah bin Amr bin Ash, bahawa Rasulullah saw. bersabda, “Barangsiapa yang membunuh seekor burung tanpa hak, niscaya Allah akan menanyakannya pada hari Kiamat.”

Seseorang bertanya, “Ya Rasulullah, apakah hak burung tersebut?”

Beliau menjawab, “Menyembelihnya, dan tidak mengambil lehernya lalu mematahkannya.” (HR. Ahmad, hadits nombor 6264)

Jika kepada haiwan saja kita memenuhi hak-haknya, apalagi kepada manusia. Adakah hak-hak orang lain yang belum kita tunaikan?

Ampuniku...

Dari Anas bin Malik ra berkata,Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda bahwa Allah SWT berfirman,”Wahai anak Adam, selama kamu berdoa dan berharap kepada-Ku, maka Aku mengampuni dosa-dosa lampaumu dan Aku tidak peduli. Wahai anak Adam, meski dosamu sepenuh langit, namun bila kamu meminta ampun kepada-Ku, pastilah Ku ampuni dan Aku tidak peduli. Wahai anak Adam, meski kamu datang kepada Ku dengan dosa sepenuh bumi namun bila kamu menemui-Ku tanpa syirik kepada-Ku, maka Aku akan mendatangimu dengan ampunan sepenuh itu juga. (HR. At-Tirmizy)

di mana iman?

alhamdulillah saya masih lagi diberi nikmat untuk melihat dunia Allah ini...selalu terbayang andai kata nyawa tiba2 ditarik tanpa sempat mengucapkan taubat padaNya...pergi bersama pikulan dosa di bahu...amalan yang dibawa entahkan cukup entahkan tidak untuk melayakkan diri ke dalam syurgaNya... nauzubillah....

tatkala membaca doa seusai solat, meminta dihidupkan dalam iman, dimatikan dalam iman dan dimasukkan ke dalam jannah bersama iman, saya selalu berfikir, adakah saya cukup menghayati apa yang saya lafazkan...doa itu sesungguhnya mengandungi harapan yang cukup besar....namun, jika harapan tidak disertai dengan usaha, masakan ia akan dapat direalisasikan. mengharapkan hidup dan mati dalam iman, tapi tidak berusaha melarutkan iman dalam diri adalah sesuatu yang amat menyedihkan.

bila keimanan sang hamba kepada Khaliqnya benar-benar larut dalam dirinya, nescaya iman itu akan mewarnai kehidupannya. apa juga yang ingin dilakukan pasti akan melalui pertimbangan iman. iman yang akan menahankan diri dari melakukan segala dosa tidak kira kecil mahupun besar. iman yang akan memandu hidup sang hamba menuju Khaliqnya. dan iman jugalah yang akan menyedarkan sang hamba dari kelekaan dunia.

bagaimana nak dikata iman sudah bertakhta dalam diri sedangkan perlakuan seharian masih lagi bersulamkan jahiliyah.tutur kata, adab, pemikiran, pergaulan dan lain-lain masih lagi bercirikan jahiliyah. di mana iman di dalam diri, yang seharusnya menjadi benteng kepada diri dari segala apa yang berunsurkan jahiliyah? atau...sudah lenyapkah iman itu ditelan jahiliyah?

tepuk dada tanya iman... yang mana lebih menguasai diri kita...
iman ataupun nafsu yang menghalakan kita kepada al-hawa'.
wallahualam.

ku berbasikal

tajuk posting cam video kat youtube tu je...
tapi memang betul pun...
penat betul berbasikal tengah hari tadi.
dengan jarak perjalanan yang jauh, berbukit bukit, dan panas terik, pakai baju fleece lagi, cukup untuk membuatkan saya serik untuk berbasikal ke beeston lagi.
jarak perjalanan dirasakan cukup jauh memandangkan saya melalui jalan dalam uni yang berbukit bukau.



alhamdulillah saya selamat membeli sebuah basikal yang sebenarnya untuk kanak2.
warnanya juga sesuai untuk kanak-kanak 9-11 tahun.
reasonnya-supaya saya dapat tahan dengan kaki saya kalau saya jatuh...
(saya takut saya jatuh basikal sebab tak sempat tahan kaki)
makcik si penjual basikal seperti tidak konfident melihat saya ingin menunggang basikal.
lepas test drive skali, selamatlah basikal tersebut menjadi milik saya.

semoga dengan adanya basikal ini, kerja saya makin laju!
tiada alasan untuk saya lagi untuk merasa penat ke sana ke mari (walaupun penat juga mengayuh sebenarnya)...
cuma, insyaAllah banyak masa yang dapat saya jimatkan.

terlupa pulak saya memberitahu ibu bapa saya yang saya telah memiliki kenderaan persendirian.
jika di malaysia, ketika cuti summer yang lepas, bermati-matian saya minta izin untuk memiliki basikal di malaysia, tapi hasilnya, gagal.
apa yang ibu bapa saya bimbangkan adalah keselamatan.
di sini insyaAllah selamat sikit.

doa-doakanlah saya selamat setiap kali memandu.
atau paling tidak, syahid di jalanNya...insyaAllah.

selalu kena ingat

banyak benda saya boleh buat
saya makan, saya tidur, saya cakap, saya baca, saya tulis, saya main dan saya lain-lain lagi.

tapi...
banyak juga benda yang saya kena ingat...

saya kena ingat, semua apa yang saya buat adalah Allah yang menggerakkannya.
kalau ada salah atau silap dalam tindakan saya, saya tidak boleh terus menerus menyalahkan diri saya.

saya kena ingat, sesuatu yang terjadi itu ada hikmah di sebaliknya.
barangkali saya tak terfikirkan hikmah kejadian pada ketika itu.

saya juga kena ingat, tiada yang lebih baik dari apa yang telah Allah takdirkan berlaku.
sungguh tidak elok jika saya asyik mengatakan "kalaulah...."

saya kena ingat sangat-sangat, Allah sedang mentarbiyah saya.
....setiap masa dan ketika, bukan masa ujian berat menimpa sahaja...

yang paling saya kena ingat,
Allah sentiasa bersama saya...

ingat-ingat lupa

ada orang bertanya, kenapa nama blog ini seperti di atas?
saya ada skema jawapan tapi tak mahu diungkap...
sehinggalah saya menukar nama blog ini kepada nama pena saya.
tapi hari ini, saya tukar semula namanya kepada yang asal.
kerana apa?
kerana saya seorang yang ingat-ingat lupa.
saya ingat sesuatu benda, saya tahu sesuatu benda, tapi mudah pula saya lupa.
mudah saja saya abaikan apa yang saya tahu, mudah saja saya terlupakan perkara itu...
kerana apa?
barangkali kerana saya tak amalkan.
sebab itu mudah sahaja saya lupa.

ya Allah, ampunkanlah segala dosaku...
pagi mahupun petang...
seandainya aku terlupakanMu...
maka ingatkanlah daku dengan peringatanMu walaupun keras sekali ia padaku...
ameen

usia...

ohh....
sudah berlalang blog ini...
telah lama tidak dikunjungi dan diupdate...
sudah genap hampir satu semester umurnya....
bertambah usia blog, bertambah juga usiaku, amalan pula bagaimana?
jangan kan nanti disoal di sana, apa yang dibuat dengan usia mudamu, terkunci mulut anggota lain bersaksi usiaku dihabiskan dengan sia-sia. nauzubillah...
ya Allah ampunkan segala dosa-dosaku, dan berikanlah kekuatan untukku agar terus di jalanMu ini... ameen