berhati-hati di jalan yang tiada kereta

hari ini masuklah hari ke4 saya eksiden-jatuh basikal. kata sahabat saya aisyah, budak-budak kecik je yang jatuh-jatuh basikal ni. seorang lagi sahabat saya berkata bukankah basikal tu dah rendah ke? sebab purposely saya beli basikal rendah supaya dapat tahan kaki saya bila nak jatuh dari basikal. tapi walau serendah mana pun basikal itu, jika Allah dah takdirkan untuk saya jatuh pada sekian-sekian tarikh, sekian-sekian waktu, maka jatuhlah jugak.

bila saya ingin keluar rumah menaiki basikal, pasti ada yang berpesan agar saya berhati-hati. di kepala ini membayangkan kebarangkalian kemalangan di jalan yang sesak. namun, tak pernah terfikirkan saya akan jatuh di tempat yang sunyi, tiada kereta yang bergerak laju di sana sini bersama bingit ekzos jerit pekik manusia. kasihan basikal saya yang ketika itu baru bersama saya satu hari. sudah calar balar di sana sini akibat terjatuh bersama saya dua kali dalam sehari. jatuh kali pertama alhamdulillah tiada apa yang cedera, namun jatuhan kedua cukup menyakitkan saya hingga tidak mampu berdiri. saya bilang lutut saya tidak luka kerana seluar saya tidak koyak mahupun sedikit. rasa sakit menyucuk-nyucuk lutut saya. sudah lama kesakitan itu tidak saya rasakan. kali terakhir barangkali semasa saya dalam darjah 5, juga terjatuh basikal akibat melepaskan tangan dari handle ketika menunggang. saya suka aksi itu walaupun agak merbahaya. (siang tadi saya ada cuba melakukannya lagi)-gilap balik skil.

saya keliru pada awal jatuhan. bagaimana boleh jatuh? serasa saya, saya sudah pun menahan kaki ini di tanah, namun terjatuh juga. saya cuba untuk bangun, tetapi gagal pada kali yang pertama kerana kesakitan yang amat pada lutut kanan saya yang terhentak pada bahu jalan. butir-butir mutiara hampir keluar dari kolam mata saya ketika menahan kesakitan. masakan saya dapat mengayuh basikal pulang ke rumah dengan keadaan sebegini. terpaksa meminta bantuan dari sahabat saya yang bertugas sebagai pemandu kereta kami bersama. malangnya, dia dalam perjalanannya ke kampusnya. hampir berputus asa saya ketika itu, namun dengan saki baki tenaga melawan kesakitan, saya putuskan untuk singgah di rumah sahabat saya yang terdekat sebelum meneruskan perjalanan. ketika di rumahnya barulah saya sedar, luka di kaki saya berkadar langsung dengan kesakitan yang dirasai. terasa sengal otot lutut kanan disertai lebam dan luka. sukar untuk saya membengkokkan sebelah kaki. alhamdulillah maryam dan aisyah membantu saya menguruskan luka kecil tersebut.

keputusan untuk meneruskan perjalanan saya batalkan. saya bermastautin di rumah aisyah sebentar, menikmati bihun yang enak di rumah yati dan kemudian memaksa kaki saya bekerja untuk meneruskan perjalanan. mengingatkan pengorbanan Rasulullah dan sahabat di medan perang membuatkan saya tidak mahu memanjakan kaki saya. inilah namanya cabaran. panjang lagi waktu untuk saya bersama 'bubble'-nama basikal saya. pasti lebih banyak siri-siri jatuhan yang akan saya hadapi dan saya kena kuat hadapinya.

bila terjadinya eksident sebegini, sempat saya bergurau bersama aisyah tentang 'lesen' basikal saya. kalaulah benar wujud lesen itu, bermakna saya fail untuk ujian bukit dan u-turn kerana antara faktor saya jatuh adalah kerana keduanya itu. nampak sahaja bukit di depan mata, terus saya patah semangat. apa boleh buat, nottingham sememangnya penuh dengan kawasan yang tinggi. saya juga sering tidak berkeyakinan diri pabila ingin membuat pusingan-u, teragak-agak sama ada untuk turun heret basikal atau pusing sahaja dari atas basikal. akibatnya, menyebah bumi lah diri ini. pengajaran paling besar yang saya dapat bila menunggang basikal atau apa jua kenderaan, adalah perlunya ada keyakinan diri yang tinggi. jika itu tiada, baiklah simpan sahaja kenderaan itu di garaj. huhu

~hari-hari saya semakin indah bersama bubble yang setia bersama saya ke sana ke mari.~

0 comments: