azam baru

assalamualaikum wbt....

masyaAllah dah berhabuk sangat2 dah blog ku ini... last entry ditulis on 14 julai 2008...almost 3 years ago... since i entered UPSI....

sangat2 rindu nak menulis tapi banyak yang terlampau banyak kerja di UPSI...apatah lagi kalau compare ngan zaman Notts dulu...huhuhu

sekarang tengah menguatkan semangat untuk menulis semula, walaupun tengah banyak sangat kerja yang menuntut untuk disiapkan...tapi bagusnya menulis ni, akan membantu saya memahirkan skil menulis refleksi pengajaran...

nampaknya dah sangat hampir masa untuk saya menjadi guru...in less than 2 month, dah nak kena pi praktikal oooiiii. cepat sungguh masa berlalu meninggalkan segala kenangan...
rasanya saya kena kuatkan azam untuk melakarkan kenangan yang saya rasa ingin sentiasa diingati...so kalau saya tulis kenangan2 tersebut, takde la saya lupa..hehe

checklist apa yang saya kena tulis:
-tentang kucingku momoi dan moque
-tentang jalan2 dulu2 ke negara lain2
-tentang anak sedara yang dah bertambah jadi dua
-kenangan wat macroteaching sekolah, dalam kelas etc... kalo tak larat, saya pastekan je refleksi makro saya di sini..haha
-tak larat nak pikir dah, nanti kalo teringat, tulis je la

dan yang saya hendak sangat tulis, tentang FIZIK...aplikasi yang saya belajar selama bertahun2 ni...mungkin saya nak buat blog lain untuk fizik ni...nanti lah pikir...tapi saya akan pastikan perkara ini berlaku kerana inilah salah satunya impian saya...

oklah, kena berhenti menulis dah...sebab waktu kelas hampir tamat...moga impian saya untuk rajin menulis akan menjadi nyata....maka kena la kuatkan azam ^_^

p/s: saya menulis untuk menghilangkan tension selepas present makro...haha. sekarang turn watie yang present.

kehidupan

Kehidupan
Album : Munsyid : Inteam (duet bersama Nazrey Raihan)

Kesenangan mendatang tak akan selamanya,
begitulah selepas susah ada kesenangan,
seperti selepas malam datangnya siang,
oleh itu waktu senang jangan lupa daratan..

Gunakan kesempatan untuk kebaikan,
sebelum segalanya terlepas dari gegaman,
kelak menyesal nanti tak berkesudahan,
apa gunanya sesalan hanya menekan jiwa..

Jangan difikir derita akan berpanjangan,
kelak akan membawa putus asa pada tuhan,
ingatlah biasanya kabus tak berpanjangan
setelah kabus berlalu pasti cerah kembali..

Ujian adalah tarbiah dari Allah,
apakah kita akan sama ataupun sebaliknya,
kesenangan yg datang selepas kesusahan,
semuanya adalah nikmat dari Tuhan..

tazkirah ringkas tentang doa

10 Sebab Doa Terhijab

“Wahai Ibrahim Adham, kami telah
berdoa kepada Allah, tetapi tidak
diperkenankanNya lagi. Beritahulah
kami apakah sebabnya?” Ibrahim Adham
menjawab, terhijabnya doa disebabkan
10 perkara..”

1) Kamu mengenali Allah tetapi
tidak menunaikan hakNya (perintahNya).

2) Kamu membaca al-Quran tetapi
tidak beramal dengannya.

3) Kamu mendakwa iblis itu musuh
kamu tetapi kamu menurut hasutannya.

4) Kamu mendakwa mencintai
Rasulullah tetapi kamu meninggalkan
amalan dan sunnahnya.

5) Kamu mendakwa mencintai syurga
tetapi kamu tidak beramal untuk
mendapatkannya.

6) Kamu mendakwa membenci neraka
tetapi kamu tidak meninggalkan
perbuatan dosa.

7) Kamu mendakwa mati itu benar
tetapi kamu tidak bersedia untuk
menghadapinya.

8) Kamu sibuk menceritakan
keaiban orang lain tetapi kamu lupa
keaiban diri sendiri.

9) Kamu makan rezeki Allah tapi
kamu tidak mensyukurinya.

10) Kamu mengebumikan jenazah
saudaramu tetapi kamu lupa mengambil
ikhtibar daripadanya.

nauzubillah... mohonlah doa dengan sebaiknya... moga dia menjawab segala permintaan kita insyaAllah

I asked for...

I asked for Strength………
And God gave me Difficulties to make me strong.
I asked for Wisdom………
And God gave me Problems to solve.
I asked for Prosperity………
And God gave me Brain and Brawn to work.
I asked for Courage………
And God gave me Danger to overcome.
I asked for Love………
And God gave me Troubled people to help.
I asked for Favours………
And God gave me Opportunities.

I received nothing I wanted
I received everything I needed
My Prayer has been answered